HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN VATICAN
Kunjungan Perdana Menteri ke Vatican City kali ini membuahkan satu sejarah baru bagi dasar luar negara kita apabila Kerajaan memutuskan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican, pusat penganut Katolik itu. Secara peribadi, saya beranggapan bahawa hubungan diplomatik dengan pusat penganut Katolik itu tidak seharusnya menimbulkan sebarang masaalah, malah dipandang dari sejarah perhubungan Islam dengan agama samawi lainnya, Islam telah berkurun-kurun menjalinkan hubungan dengan semua penganut agama lain, malah di negara kita sekarang ini pun kita sedang merialisasikan hal ini dengan kepelbagaian penganut agama yang berada di negara ini.
Kunjungan Perdana Menteri kita ke Vatican City bukanlah merupakan kunjungan pertama dalam sejarah Malaysia merdeka. Dalam bulan Jun 2002 Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mengetuai satu delegasi ke sana, menemui mendiang Pope John Paul II.
Saya termasuk slah seorang anggota rombongan Tun M bersama-sama dengan Tan Sri Bernard Dompok dan Leo Morgi. Ikut sama ialah sarjana Islam kita Dr Uthman Al-Muhammady. Tidak ada sesuatu yang tersembunyi dalam kunjungan itu, malah pihak penganut Katolik di sana menyambut baik kunjungan dan perbincangan mesra di antara kedua buah negara.
Pada masa dan ketika kunjungan tahun 2002 itu, liputan media amat adil dan berterus terang, jujur dan tidak mengandungi sebarang prasangka. Tetapi saya melihat kunjungan PM kita yang terakhir ini telah diselewengkan begitu rupa, terutamanya oleh media baru dan para penulis serta komen-komen yang negatif.
Semua yang disebut oleh PM dalam kenyataannya dalam lawatan dan pertemuannya dengan Pope Benedict XVI ini telah dipolitikkan begitu rupa, seolah-olah segala pergerakan dan percakapan PM adalah merupakan lakonan dan "game" yang dimainkan hanya untuk meraih undi dalam PRU13 akan datang.
Nampaknya sehinggakan pemergian Bishop M. Pakian dengan rombongan PM juga telah dijadikan bahan sendaan yang tidak sepatutnya timbul.
Ketika inilah saya rasa kita amat memerlukan pemikiran yang rasional dan tenang dari majoriti rakyat kita dari semua kaum dan agama.