Secebis Berita Dunia Islam
Saya setiap hari membaca akhbar. Saya percya banyak juga orang Melayu yang berbuat demikian. Tetapi yang saya dengar, wallah a'lam betul atau tidak, oleh kerana orang Melayu sering diseru supaya memulaukan akhbar utama "yang menjadi lidah rasmi Kerajaan (UMNO?)" seperti yang didakwa oleh beberapa kalangan politik, maka orang Melayu yang telah sedia malas membaca itu, apa lagi, lalu tak maulah membaca akhbar.
Bagi orang yang mungkin tidak membaca akhbar hari ini - Jumaat 15 Julai 2011, saya ingin memberitakan semula secebis kisah dari negara seagama kita iaitu Pakistan dan Afghanistan (go head gostan - kata Ahmad Nisfu, arahan P. Ramlee)yang tersiar dalam Utusan Malaysia.
Pertama ialah tentang pengebom berani mati (suicide bomber) yang telah masuk ke dalam masjid ketika berlangsung majlis tahlil untuk arwah Ahmed Wali Karzai (Adik Tiri Presiden Afghanistan,yang mati ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri) Hamba Allah yang membalut dirinya dengan bahan letupan, lalu meletupkan dirinya dalam majlis tahlil, dalam masjid (!!) itu, membunuh empat orang dan mencederakan 13 orang yang lain.
Kedua ialah tentang keganasan, demonstrasi, pertempuran dengan pasukan keselamatan yang membawa kepada kematian 65 orang di Karachi. Puncanya ialah kerana Menteri Wilayah, Zulfiqar Mirza dari Parti PPP mengkeritik bekas rakannya dalam kerajaan campuran dari parti MQM, yang telah keluar dari parti PPP. Para pengikut kedua-dua parti naik berang dan marah, maka berlakulah pertempuran yang mengorbankan 96 nyawa itu.
Itulah dua saja insiden yang membawa kematian dan pembunuhan. Kalau difikirkan secara rasional dan lebeh bertamadun, kita tidak nampak sebabnya yang diluluskan oleh syariah untuk dilakukan pembunuhan. Membunuh orang adalah dosa besar, tanyalah sesiapa pun, hatta budak sekolah pun, tentulah mereka tahu bahawa membunuh adalah ditegah oleh Allah swt.
Tetapi kenapakah mereka membunuh? Tak takut dosa?
Jawapannya kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh emosi dan sentimen, atau kerana berpegang kepada ajaran yang membolehkan perbuatan membunuh sesama agama kerana tidak sealiran dalam mazhab, politik, atau lain lagi, atau kerana menurut perintah "ketua" mereka yang mereka sanjung tinggi??
Atau kerana apa? Cuba-cubalah kita fikirkan dan cari jawapannya sendiri, kerana saya percaya kita di negara ini masih boleh berfikir secara waras, rasional, dan memahami ajaran agama kita dengan baik, dan kita cintakan keamanan, bencikan kekerasan dan keganasan.
Atau sebaliknya ha?
Esok kita tenguk berita negara Islam lain pula. Negara kita tak banyak masalah, cuma ada percikan api "Bersih" saja, tak kanlah nak merebak macam di Karachi dan Afghanistan tu kan? Kan kita semua orang baik-baik, warak, suci dan taat agama ?!! Atau ada masalah serupa??

Comments
Post a Comment