Hari Terputus Silaturrahim

9 Julai 2011 akan menjadi hari dan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh ramai orang. Di antaranya seperti yang terkisah di dalam beberapa coretan yang berikut:

1. Sedihnya seorang teman isteri saya dan suaminya dari Kelantan tersadai di LCCT kerana tidak dapat keluar untuk pergi ke Bukit Damansara bagi menziarahi besan mereka yang meninggal dunia, Allah Yarham Datuk Shamsuddin. Tak ada teksi yang mahu bawa mereka ke sana, kerana jalan sesak sangat, jalan tutup kerana perhimpunan BERSIH.

2. Pada malamnya, satu majlis perkahwinan yang telah lama di nanti-nantikan yang akan di adakan di Wangsa Maju, tidak dapat kami hadiri kerana sebab yang sama. Perkahwinan yang diadakan itu ialah perkahwinan anak tunggal kawan kami yang amat rapat sejak sama-sama belajar di Mesir dulu, iaitu Abdul Ghani dan Dr Hannah. Amat kesal sekali kerana majlis sepenting ini tidak dapat kami hadiri.

3. Pada hari yang sama juga, ada dua majlis kawin lain yang juga tidak dapat di hadiri. Tidak kesampaian kerana hal yang sama. Kami merasa amat hampa.

Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai, hajat hati nak sambungkan silaturrahim, apakan daya peristiwa "Bersih" jadi penghalangnya !!

Allah SWT Maha Mengetahui. Allah SWT Maha Penyayang. Allah SWT Maha Pengampun. Allah SWT Maha Kaya, Maha Adil !

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....