MENEMPA SEJARAH BARU SELEPAS HARI RAYA 1 Syawal telah berlalu beberapa hari hingga kini. Yang mendukacitakan kita di negara ini ialah selama mana sekali pun kita cuba melatihkan diri untuk berdisiplin dan berakhlak muliA, menghayati nilai akhlak dan ajaran Islam, nampaknya latihan itu agak kurang berkesan, malah dalam beberapa aspek yang tertentu, kita nampaknya semakin mundur ke belakang. Undang2 negara mengharamkan mercun dan bunga api yang merbahaya, tetapi nampaknya masih ramai yang berusaha menyeludup secara haram kemasukan barang larangan itu, tak kiralah yang menyeludup itu orang Islam atau tidak, tetapi tentulah terdapat orang Islam yang bersyubahat dengan usaha haram ini. Kemudian kita juga yang membelinya, memberikan anak2 kita bermain, kadang2 mengganggu orang ramai, atau lebeh serius lagi boleh mencacatkan anak2 yang bermain mercun dan bunga api itu dengan kecederaan, buta mata, luka telinga, putus jari dan sebagainya yang mencacatkan pula program beraya...
Posts
Showing posts from August, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI AKHIRNYA HARI RAYA MENJELANG TIBA PADA HARI INI, AHAD 19 OGOS 2012. 1 SYAWAL MENJELMA SETELAH KITA BERPUASA SELAMA 29 HARI. HARI INI KITA MENGUCAPKAN UNGKAPAN YANG BIASA DIUCAP KETIKA TIBANYA HARI RAYA SETIAP TAHUN, IAITU MINAL 'AIDIN, WAL FAIZIN, AL MAQBULIN. MAKSUD UCAPAN INI IALAH : PADA HARI INI HARAP KITA TERMASUK DI DALAM KALANGAN ORANG2 YANG KEMBALI (KEPADA FITRAH, IAITU YANG BERSIH DAN SUCI DARIPADA SEGALA DOSA) YANG BERJAYA (MENGATASI SEGALA TUNTUTAN HAWA NAFSU GODAAN SYAITAN) DAN DITERIMA (IAITU SEGALA AMALAN DAN IBADAT KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT). INILAH UCAPAN YANG MENGGAMBARKAN KEJAYAAN YANG TELAH KITA PELAJARI DAN LALUI MELALUI IBADAT PUASA DENGAN SEGALA SYARAT2, LARANGAN DAN SURUHAN ALLAH DALAM IBADAT PUASA: 1. PENDIDIKAN PUASA DIHARAPKAN TELAH DAPAT MEMBERSIHKAN HATI, JIWA, EMOSI DAN NAFSU MANUSIA SEHINGGA MANUSIA KEMBALI BERSIH SEPERTI HARI KELAHIRANNYA DARI PERUT IBUNYA, DALAM KEADAAN FITRAH, BERSIH DARI SEGALA D...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUA PULUH SEMBILAN PUASA Selesai saja Imam memberi salam terakhir sembahyang witir semalam, malam ke-29 puasa, dan ketika para jemaah akan beredar meninggalkan ruang masjid, maka saya rasa ramai yang sudah pun merasa satu perasaan yang mungkin tidak dapat digambarkan dalam sepatah dua kata sahaja, kerana perasaan itu amat bercampur baur, diantara sunyi dan sedih, dukacita dan harapan, kerana nampaknya bulan Ramadan akan terpisah sekali lagi dalam hidup mereka, jadi setiap yang berpisah, biasanya perpisahan itu akan diiringi dengan rasa sunyi dan sepi, entah akan bertemu lagi atau tidak, hanya Allah saja yang akan menentukannya. Demikianlah jangkaannya, Ramadan pada tahun ini, yang dilalui dengan agak pantas dan cepat, mungkin akan berakhir pada hari ini, hari ke-29, dan esoknya akan menjelma Syawal jika pengumuman Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu mengisytiharkan esok, hari Ahad 19 Ogos 2012, sebagai 1 Syawal, menjelangnya Hari Raya 'Aidil Fitri tahun...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUA PULUH LAPAN PUASA Insya'Allah hari ini merupakan sehari sebelum hari terakhir puasa Ramadan tahun ini sekirnya kita akan berpuasa hanya 29 hari, dan hari berikutnya iaitu hari Ahad merupakan 1 Syawal 1433 bersamaan 19 Ogos 2012. Semoga Allah SWT memberikan berkat, hidayat dan pemeliharaan-Nya kepada kita semua, insya'Allah. Alhamdulillah masjid dan surau nampaknya masih ramai juga dikunjungi oleh kaum Muslimin dan Muslimat untuk beribadat, menghidupkan bulan Ramadan yang beerkat ini, dengan mendirikan sembahyang terawih dan bertadarus al-Quran. Hal ini sekurang2nya berlaku di kota besar seperti KL dan sekitarnya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kelana Jaya, Kajang, Bangi dan yang lain2. Saya tidak tahu keadaannya di masjid dan surau di negeri2 lain. Tetapi di beberapa masjid dan surau sekitar ibu kota ini keadaannya masih meriah. Mungkin disamping membeli belah pada siang hari, memasak untuk berbuka puasa dan menyediakan juadah Hari Raya, juga menyiapkan...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUA PULUH TUJUH PUASA Bagi orang yang berpeluang menunaikan ibadat umrah dalam bulan Ramadan dan berada di Makkah pada malam 27 Ramadan tentunya akan melalui satu pengalaman yang amat luar biasa sekali bagaimana para Muslimin/Muslimat menyambut malam 27 Ramadan di sana. Pertama sekali dari segi fizikalnya, Masjidul-Haram yang begitu luas itu akan menjadi terlalu sempit untuk menampung bilangan para jemaah, yang biasanya dianggarkan sebanyak 3 - 4 juta orang berada serentak di kota Makkah ini, iaitu satu bilangan yang melebihi jemaah haji sendiri ketika melakukan ibadat haji. Keadaan menjadi lebeh sesak di sekeliling Kaabah, iaitu ketika para jemaah masih bertawaf ketika orang sedang bersembahyang terawih, dan di dalam serta di luar masjid sendiri lautan manusia bergerak seperti ombak yang bergelombang dalam satu lautan yang luas, di dataran masjid, di atas jalan, di atas tangga dan di lorong2 di celah2 bangunan, semuanya berisi dengan manusia, di sana m...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUA PULUH ENAM PUASA Orang kampung kami gembira kerana Sahak Tuli dan isterinya Minah Cepoh dapat berganding tenaga dalam bulan puasa ini memetik kelapa dan mengumpulkannya, malah Minah Cepoh mulai pula mengupik kelapa dengan menggunakan "cop" tajam yang dipacak di atas tanah. Minah semakin cekap menggunakan cop tesebut dan membantu Sahak Tuli dalam mendapatkan pendapatn tambahan, kerana orang kampung akan membayar lebih jika kelapa itu siap di kupas. Berbeza dari Sahak Tuli, seorang lagi oku kampung kami bekerja menumbuk padi dengan menggunakan lesong kaki, namanya Hashim, tetapi orang kampung panggil dia Cin saja, dan oleh kerana matanya tak nampak, dia dikenali dengan nama Cin Kelam. Badannya agak kuat dan sasa, sebab itulah dia kuat menumbuk padi dengan lesong kaki ini. Lesong kaki agak unik bentuknya, terdiri dari kayu sebatang yang agak besar dan berat. Di hujung yang besar itulah di pasang antan untuk menumbuk padi, dan dihujung sebelah satu l...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUA PULUH LIMA PUASA Semakin dekat kita dengan penghujung Ramadan, semakin berubah suasana di sekeliling kita. Yang paling ketaranya ialah bagaimana orang2 kota, atau orang2 kampung yang datang ke kota, berbelanja dengan agak mewah. Kedai mini dan besar, gedung membeli belah membawa ke gerai2 kecil di tepi jalan, yang menjual keperluan untuk Raya, pakaian, perhiasan, perkakas rumah, kueh mueh dan sebagainya diserbu pembeli yang ramai. Wang saku masih banyak, kerana gaji dibayar awal, dan bonus setengah bulan turut dikeluarkan, yang mungkin dapat dihabiskan segera. Cuma yang menjadi masalah nanti bagi orang yang tidak pandai mengurus wang dan perbelanjaannya ialah jangka masa yang begitu lama, kira2 40 - 50 hari lagi, untuk menerima gaji berikutnya, iaitu pada akhir bulan September nanti. Namun begitu, berbeza dari teguran yang dikeluarkan oleh kebanyakan pendakwah dan khatib, nampaknya masjid dan surau masih juga penuh dengan para Muslimin dan Muslimat ya...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KE DUA PULUH EMPAT PUASA Memang pada hakikatnya bulan Ramadan sedikit demi sedikit mulai meninggalkan kita. Dua puluh empat hari berpuasa, bermakna hanya tinggal lima atau enam hari sahaja lagi, Ramadan akan berlalu meninggalkan kita sehingga menjelangnya kembali pada tahun depan, sama ada kita akan menemuinya lagi atau pun tidak, Ramadan akan tetap kembali lagi. Kita yang menghayati kelebihan dan kebesaran bulan ini akan merasa kehilngannya apabila kita ditinggalkannya menjelang Hari Raya nanti. Yang paling terasa kehilangannya, diantara lainnya ialah mengingatkan pesanan baginda Rasulullah SAW ketika 'Aisyah bertanyakan baginda iaitu sekiranya beliau ('Aisyah) dapat mengetahui ketibaan malam "lailatul-Qadar" maka apakah yang perlu dilakukannya? Baginda bersabda agar berdoalah kepada Allah SWT " Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan pemurah, Engkau suka memberi keampunan, maka ampunkanlah kami, kedua ibu bapa kami, Muslimin M...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUAPULUH TIGA PUASA Malam tadi merupakan malam ke-23 puasa. Mengikut pandangan ulamak yang menyatakan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh pada malam2 ganjil sepuluh hari akhir Ramadan, maka berkemungkinan malam tadi juga termasuk di dalam malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan. Tetapi seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, kita mungkin hanya perlu meneruskan segala amal ibadat dalam bulan mulia ini tanpa sangat menumpukan kepada ketentuan bilakah malam lailatul-qadar itu sebenarnya. Dari sudut yang lain, kita akhir2 ini selain dari menghadapi bahang panas disebabkan suhu kepanasan yang menyebabkan cuaca terlalu panas, maka kita juga sedang berada dalam kepanasan dua pingat olimpik yang direbut oleh ahli sukan negara, dan yang paling panas sekali ialah suhu politik yang amat membahangkan suasana seluruh negara pada masa kini. Ketibaan bulan Ramadan nampaknya tidak meredakan juga emosi dan sentimen politik di kalangan ahli politik negara kita, dan hal itu nampakny...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUAPULUH DUA PUASA Sebelum pergi sembahyang Jumaat kelmarin, saya telah agak apa yang Imam akan khutbahkan. Memang betullah seperti yang saya agak, iaitu apabila Imam naik ke atas mimber, selepas memuji Allah SWT, salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan para sahabat serta keluarga baginda, maka perkara pertama yang diutarakan kepada para makmum ialah mengingatkan para makmum bahawa hari ke sepuluh yang terakhir puasa inilah kita akan mencari malam al-qadar (Lailatul-Qadar) yang lebeh baik dari seribu bulan itu. Khutbahnya itu, antara lainnya, menyebut pandangan ulamak yang berbeza2 tentang malam yang sebenarnya bilakah malam al-qdar itu akan menjelma. Ada ulamak yang berkata malam itu ialah malam yang bilangannya ganjil, iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Tetapi ulamak lain mengatakan bahawa malam al-Qadar itu jatuh pada malam 27 Ramadan. Di samping itu ulamak juga mengatakan bahawa tidak ada orang yang mengetahui bilakah tibanya...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KEDUA PULUH SATU PUASA Sepuluh terakhir Ramadan mempunyai kepentingan nya tersendiri, terutamanya bagi pandangan ulamak yang mengatakan bahawa dalam sepuluh malam yang terakhir Ramadan inilah, akan tiba malam Lailatul-Qadar yang penuh berkat itu. Namun atas alasan apa2 sekali pun kita sememangnya haruslah terus menerus beribadat sehingga ke akhir Ramadan, kemudian meneruskan lagi di luar bulan Ramadan ini. Bagi kita yang dapat berpuasa dalam aman damai, kita boleh memilih untuk berada di masjid atau di rumah untuk beramal dalam jangka masa 10 malam yang terakhir bulan puasa tahun ini. Kedamaian yang kita kecap ini belum tentu wijud dan hadir di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam, yang sedang bergolak dalam bulan mulia dan berkat ini. Dalam banyak2 berita akhbar yang sempat kita baca semalam, hari ke-20 puasa, sekurang2nya terdapat tiga berita yang menyedihkan di tiga buah negara Islam di Asia Barat. Hal ini berlaku di dalam bulan Ramadan, ketika orang Isla...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KESEMBILAN BELAS PUASA Kita menghampiri dua puluh hari berpuasa, iaitu dengan menjelangnya hari ke-19 berpuasa pada hari ini. Esok kita memasuki hari ke-20, yang bererti bahawa kita akan memasuki fasa ketiga bepuasa, sepuluh hari terakhir. Berpuasa bukan merupakan satu senaman jasad dan badan, malah berpuasa adalah merupakan satu ibadat kerohanian, mengabdikan diri kepada perintah Allah SWT. Namun begitu berpuasa juga membawa manfaat lain yang secara tidak langsung mentarbiahkan jiwa dan jasad kita, terutamanya dalam memilih makanan jiwa dan makanan jasmani juga semasa menunaikan ibadat puasa. Ibadat puasa dengan segala bentuk pengabdian kepada Allah SWT membentuk jiwa, peribadi, akal fikiran, emosi dan perasaan hati untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa berserah kepada Allah, dan menjadi makhluk bernyawa yang bermanfaat kepada manusia yang lain, serta menjadi insan yang tinggi moral dan akhlaknya berasaskan kepada ajaran agama yang tinggi, sehingga ...
- Get link
- X
- Other Apps
HARI KELAPAN BELAS PUASA Ada kewajarannya apabila rakyat dan kebanyakan pimpinan negara menghamburkan kata2 pujian dan dorongan kepada pemain badminton Lee Chong Wei walau pun dia tidak berjaya mengatasi pemain lawannya dengan jurang mata yang yang amat tipis untuk memenangi pingat emas dalam acara badminton sukan olimpik yang berprestij itu. Bagi saya disebalik keikhlasan kata2 sanjungan itu, terselit satu mesej supaya dalam permainan dan dalam menghadapi saat2 genting seperti ini sesiapa sahaja, termasuk Lee Chong Wei dalam kes ini, haruslah lebeh bersedia dengan kekuatan mental dan jiwa yang lebeh mantap dan kental untuk mencapai kejayaan. Mungkin dari aspek inilah pemain badminton kita itu agak tertekan dalam mencapai kemenaangan, terutamanya rekod telah membuktikan bahawa dia lebeh banyak mengalami kekalahan kepada lawan tradisinya ini, dan tekanan itu menjadi semakin genting kerana perlawanan itu berlaku dalam temasya sukan dunia, juga keputusan yang seolah2 di...