HARI KEDUAPULUH DUA PUASA
Sebelum pergi sembahyang Jumaat kelmarin, saya telah agak apa yang Imam akan khutbahkan. Memang betullah seperti yang saya agak, iaitu apabila Imam naik ke atas mimber, selepas memuji Allah SWT, salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan para sahabat serta keluarga baginda, maka perkara pertama yang diutarakan kepada para makmum ialah mengingatkan para makmum bahawa hari ke sepuluh yang terakhir puasa inilah kita akan mencari malam al-qadar (Lailatul-Qadar) yang lebeh baik dari seribu bulan itu.
Khutbahnya itu, antara lainnya, menyebut pandangan ulamak yang berbeza2 tentang malam yang sebenarnya bilakah malam al-qdar itu akan menjelma. Ada ulamak yang berkata malam itu ialah malam yang bilangannya ganjil, iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Tetapi ulamak lain mengatakan bahawa malam al-Qadar itu jatuh pada malam 27 Ramadan. Di samping itu ulamak juga mengatakan bahawa tidak ada orang yang mengetahui bilakah tibanya lailatul-qadar itu yang sebenarnya, kerana malam al-qadar itu boleh berlaku pada sebarang malam dalam keseluruhan bulan Ramadan itu.
Bagi saya rasa2nya kita tidak perlulah sangat mencari segala pandangan ulamak untuk menentukan malam yang terkenal dengan Lailatul-Qadar itu, seolah2 jika kita ketahui bilakah malam itu barulah kita akan beramal dan berjaga untuk beribadat. Akibatnya mungkin pada malam2 lain kita tidak lagi perlu menumpukan kepada amal ibadat yang sewajarnya, kerana kita hanya menumpukan kepada malam yang kita percaya sebagi malam "lailatul-qadar" itu.
Kadang2 kerana ibadat yang dilakukan beginilah maka orang Islam sering juga melakukan ibadat secara bermusim, dan ibadat itu ditinggalkan pada masa yang tidak termasuk dalam musimnya itu. Demikianlah juga halnya dengan pencarian lailatul-qadar ini, kerana kita asyik mencarinya maka seolah2 malam lain dalam bulan Ramadan ini kurang penting, sedangkan amalan dalam bulan Ramadan itu seharusnya dilakukan dari awal sehingga ke akhirnya, dan dalam proses iti insya'Allah mudah-mudahan akan bertemulah lailatul-qadar itu.
Balik kepada khutbah Imam tadi, memang saya pun tidak merasa aneh mendengar teguran Imam yang agak keras kepada para jemaah yang berada di dalam masjid untuk sembahyang Jumaat itu, tentang sikap orang Islam di negara kita yang nampaknya pada akhir2 bulan Ramadan ini akan hanya sibuk dengan membuat persiapan Raya sehingga melalaikan ibadat puasa ini.
Beliau merungut bahawa mengikut pemerhatian "mimbar" pada saat2 terakhir Ramadan ini, maka suri rumah akan bersibuk di rumah dengan menyalin langsir, mengemaskan rumah dan sebagainya, menyediakan segala kueh mueh dan segala juadah Raya, dan pada waktu malam dan siang hari pula bepusu2lah orang Islam menuju ke pusat2 membelibelah, lalu sunyilah masjid dan surau, malah pada waktu siangnya terdapat pula orang Islam yang tidak berpuasa kerana keletihan membuat berbagai-bagai persiapan Hari Raya !
Saya telah pun mengagak hal ini akan disebutkan oleh Khatib, kerana selama beberapa tahun yang terakhir ini, apabila sampai saja saat2 berakhirnya bulan puasa, maka boleh dikatakan para khatib akan membicarakan rungutan dan keritikan yang sama terhadap sikap orang Islam di negara kita. Hal yang sama disebut juga di dalam khutbah, ceramah, tazkirah, malah di dalam kulliah agama melalui radio dan tv, dan di mana2 saja terdapat peluang untuk para ulamak menyampaikan dakwahnya.
Saya sebenarnya tidak tahu apakah keritikan dan senario umat Islam di negara kita yang melupakan ibadat puasa mereka kerana sibuk dengan persiapan Raya ini dibuat berdasarkan kajian yang sebenarnya, atau kerana ramai para khatib dan penceramah berkata demikian, maka orang lain juga akan menyebutkan hal yang sama di dalam ceramah, khutbah atau tazkirahnya.
Tetapi apa2 saja yang dikatakan oleh para khatib itu, hal yang sebenarnya adalah terletak kepada realiti yang sebenarnya bagaimanakah umat Islam meneruskan amalannya pada akhir2 bulan Ramadan ini. Mungkin betul bahawa orang Islam kita amat sibuk berkunjung ke pusat2 membeli belah pada akhir Ramadan ini, namun begitu mungkin tidak pula hal ini menjadikan masjid lengang dan sunyi. Dalam masa membuat persiapan untuk juadah dan perhiasan rumah pula, mungkin suri rumah masih menunaikan puasanya dengan sempurna, atau menunaikan sembahyang terawih di rumah umpamanya, dan demikianlah seterusnya.
Oleh itu, oleh kerana manusia ini bernama manusia, bukan malaikat, dan oleh kerana Hari Raya perlu dirayakan dengan makanan dan minuman, bukan hanya dengan makanan rohani sahaja, maka tentulah manusia akan meneruskan aktiviti ini setiap tahun dengan segala kekuatan dan kelemahannya. Kalau Malaikat, maka sudah tentulah hal ini menjadi berbeza pula, kerana Malaikat tidak mempunyai nafsu, keinginan dan naluri yang sama dengan manusia, tidak perlu makan minum, berpakaian baru dan sebagainya.
Tetapi sememangnya kita memerlukan juga segala ceramah, tazkirah dan nasihat seperti yang dilakukan oleh Imam di dalam khutbahnya itu, iaitu sebagai satu peringatan, malah peringatan adalah merupakan satu ciri nasihat untuk semua orang, kerana Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran "Berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat untuk orang2 yang beriman" maka dalam hal ini Imam, Khatib, Penceramah dan para ulamak kita berhak untuk memberikan peringatan dan nasihat.
Saya rasa dalam hal ini yang diperlukan ialah adab2 kita menegur, memberi peringatan dan sebagainya itulah yang seharusnya kita fahami, umpamanya di dalam masjid, ketika jemaah yag datang bersembahyang Jumaat itu terdiri dari berbagai2 kategori jemaah dari segi ilmu pengetahuan, tahap ketaaatannya kepada Allah dan agama, sensitiviti dan perasaannya serta cara berfikirnya, maka janganlah jemaah semuanya kita pandang dengan pandangan yang sama, seolah2 mereka semuanya merupakan golongan yang disebutkan oleh khatib itu, yang lalai dan lupakan agama ketika melakukan aktiviti dunia, terutamanya ketika berada dalam suasana Hari Raya yang semakin hampir.
Banyak ciri peradaban yang perlu disedari oleh para pendakwah agama kita, unsur psikologi yang harus diraikan dan pendekatan memberi nasihat itu amat perlu dijaga supaya segal2nya yang dinasihatkan itu tidak hanya merupakan kata2 biasa yang sering diulang2kan, sedangkan kesannya negatif.
Allah pun di dalam Al-Quran mengingatkan kita supaya menjauhkan sangkaan buruk kepada orang lain, menjaga adab sopan dan sebagainya. Jangan mencela dan membenci, serta peringatan lain yang terkandung di dalam sejarah perjalanan Nabi Muhammad SAW ketika baginda berada di tengah2 kalangan para sahabatnya yang tediri daripada berbagai2 bentuk mentaliti dan pendirian mereka.
Namun begitu kita tidak menafikan peranan paranan para da'i dan penceramah, khatib dan imam kita dalam hal ini yang seharusnya kita hargai, dan kita amatlah terhutang budi kepada mereka yang selama ini telah menjalankan tugas dengan amat baik, terutamanya dalam mendidik umat Islam supaya menjadi manusia yang ideal dan komited kep[ada segala ajaran agama. Tetapi dalam masa yang sama kita juga memerlukan pendekatan yang lebih mesra dan berdiplomasi serta berilmu dalam usaha kita menjelaskan tentang agama kita dan memberi pandangan masing2, kerana bentuk dakwah sekarang tentulah berbeza dari bentuk tradisional yang pernah kita amalkan pada masa2 yang lalu, terutamanya ketika membicarakan sesuatu dengan generasi muda kini.
Semoga Allah SWT memberkati ibadat dan pengabdian kita kepada-Nya menjelang hari ke-22 kita berpuasa pada hari ini, Sabtu 11 Ogos 2012.

Comments
Post a Comment