HARI KETUJUH BELAS PUASA

Hari ini hari Isnin, 17 Ramadan, yang bererti kita telah memasuki 17 hari berpuasa tahun ini. Hari ini cuti di negeri Selangor, bukan kerana Malaysia memenangi pingat emas olimpik dalam acara badminton, tetapi cuti kerana perayaan yang amat besar ertinya bagi agama negara kita, Islam. Badminton yang diharap2kan akan membawa pulang pingat emas pertama negara dalam acara olimpik, hanya berjaya mendapat perak.

Hari ini cuti  sempena dengan 17 Ramadan, hari turunnya kitab suci Al-Quran Al-Karim, kitab suci umat Islam yang menjadi penduan dan petunjuk dari Allah SWT untuk kita menghayati dan merialisasikan ajaran agama Islam yang lengkap dan sempurna.

Al-Quran sendiri memberi jaminan bahawa Allah yang menurunkan Al-Quran dan Allah jugalah yang akan menjaga dan memeliharanya buat selama2nya. Kitab suci ini tidak mungkin akan diubah, dipinda dan diselewengkan sehingga ke hari kiamat, dan akan terus menerus hidup dengan sempurna dan lengkap seperti yang diturunkan Allah SWT. (Rujuk Al-Quran surah Al-Hijr (15) Ayat 9)

Kitab2 suci yang datangnya dari Allah SWT sebelum ini telah banyak diselewengkan, dipinda dan diubah isi kandungan dan mesejnya, sehingga mengubah pula falsafah dan ajaran Allah tentang ketuhanan, syariah dan akidahnya. Maka kitab suci Al-Quran inilah yang datangnya sebagai kitab suci terakhir yang serba lengkap, membatalkan segala ajaran yang sesat dan diselewengkan oleh orang2 yang terdahulu.

Maka kitab suci Al-Quran telah diberikan jaminan oleh Allah Maha Pencipta akan kekal suci dan sempurna seperti yang diturunkan oleh Allah SWT.

Oleh itu hubungan bulan Ramadan dan kitab suci Al-Quran ini adalah amat penting sekali. Allah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa di dalam bulan Ramadan inilah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada umat manusia dan menjelaskan segala2nya tentang petunjuk itu, dan menerangkan segala perbezaan diantara yang benar dan salah, yang haq dan batil. (Rujuk Al-Quran Surah Al-Baqarah (2) ayat 185)

Mulai semalam, kita meneruskan sembahyang terawih seperti biasa, tetapi di dalam rakaat yang akhir witir, kita membaca doa qunut, memohon petunjuk dari pada Allah SWT supaya kita diberi hidayah seperti orang2 lain yang telah diberikan hidayah, berikan kesihatan, kemuliaan, keberkatan, jauhkan dari sebarang kejahatan, kerana sesungguhnya Allah sajalah yang berkuasa menjalankan hukuman dan keadilan ke atas kita semua...............

Kita membaca doa qunut itu sebagai menandakan kita telah memasuki pertengahan kedua bulan Ramadan, dan telah menjadi tradisi agama pada kita untuk meneruskan cara ibadat kita ini, yang sepatutnya tidaklah perlu menimbulkan sebarang pertikaian dan permasalahan.

Dalam separuh kedua bulan Ramadan ini juga kita banyak membaca Surah Al-Qadar yang menerangkan tentang turunnya Al-Quran pada malam yang kita kenali sebagai Malam Al-Qadar, (Lailatul-Qadar) iaitu malam di dalam bulan Ramadan yang lebeh baik dari seribu bulan (dari segi ganjaran pahalanya amalan kita). Dan bilakah sebenarnya malam itu tidak dapat kita ketahui, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Seorang guru saya (Allah Yarham)  semasa mengajar tentang ayat ini puluhan tahun yang lalu, di Maahad Mahmud, Alor Star, menjelaskan bahawa kita sendiri haruslah mencari bulan itu di dalam bulan puasa. Dia memberikan contoh secara berjenaka sahaja, iaitu katanya skiranya kita mengetahui ada sekor musang di dalam sebuah hutan tebal, yang merupakan seperti sebuah pulau kecil, dan kita ingin menangkap musang itu, maka bersihkan dan tebaslah hutan itu keseluruhannya, nescaya akan terjumpalah musang itu. Ertinya kalau kita mahu bertemu dengan malam (lailatul-qadar) suci tersebut maka hayati dan hidupkanlah semua malam dalam bulan Ramadan ini tanpa kecuali, insya'Allah kita harap akan bertemulah dengan malam mulia itu walau pun kita tidak sedar dan tidak mengetahuinya.

Diriwayatkan oleh Al-Turmizi bahawa Aisyah RA pernah bertanya baginda Rasulullah SAW : Bagaimanakah jika saya mendapat tahu tentang malam al-Qadar itu, apakah yang harus saya katakan pada malam itu? Baginda menjawab katakanlah : Ya Allah, sesungguhnyaEngkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah kami, ampunkanlah ibu bapa kami dan muslimin muslimt sekelian...."

Inilah doa yang sering kita baca berselang seli di antara sembahyang terawih dan selawat yang kita ucapkan kepada Rasulullah SAW :

" Allahumma innaka 'afuun karimun tuhibbul-'afwa fa'fu 'anna........."

Malah doa ini seharusnya kita bacakan sepanjang masa, pada bila2 masa saja yang dalam hidup kita, kerana salah satu doa dan tindakan yang perlu kita lakukan selalu ialah meminta ampun di atas segala kesalahan kita dan dosa kita kepada Allah, diikuti pula dengan usaha kita untuk menjauhi segala dosa itu agar tidak kita ulangi melakukannya lagi. Inilah maknanya memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT yang seharusnya kita fahami dan amalkan sepanjang masa.

Memohon ampun dan menuntut kemurahan Allah untuk mengampunkan kita ini adalah amat penting sehingga hal inilah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Aisyah TENTANG APAKAH YANG SEHARUSNYA DIDOAKAN SEANDAINYA KITA MENGETAHI BILAKKAH MENJELMANYA MALAM AL-QADAR ITU, YANG HANYA DATANG SETAHUN SEKALI DI DALAM BULAN RAMADAN YANG BERKAT INI..Maka itulah doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW kepada kita untuk kita ucapkan sepanjang masa, terutamanya di dalam masa kita menunaikan ibadat puasa Ramadan ini.

Kita berharap bahawa segala doa dan harapan, pemohonan dan permintaan kita kepada Allah SWT di dalam doa ini pada malam2 terakhir bulan Ramadan akan dimakbulkan oleh Allah SWT hendaknya, dan kita amatlah berharap semoga segala amalan dan ibadat kita akan terjatuh dalam malam Qadar yang amat mulia dan penuh berkat itu. Tebaslah hutan itu semuanya untuk kita menangkap musang di dalamnya! Al-Fatehah untuk arwah Ustaz Osman, guru kami di Maahad Mahmud tahun lima puluhan.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....