SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

AKHIRNYA HARI RAYA MENJELANG TIBA PADA HARI INI, AHAD 19 OGOS 2012. 1 SYAWAL MENJELMA SETELAH KITA BERPUASA SELAMA 29 HARI.

HARI INI KITA MENGUCAPKAN UNGKAPAN YANG BIASA DIUCAP KETIKA TIBANYA HARI RAYA SETIAP TAHUN, IAITU MINAL 'AIDIN, WAL FAIZIN, AL MAQBULIN.

MAKSUD UCAPAN INI IALAH : PADA HARI INI HARAP KITA TERMASUK DI DALAM KALANGAN ORANG2 YANG KEMBALI (KEPADA FITRAH, IAITU YANG BERSIH DAN SUCI DARIPADA SEGALA DOSA) YANG BERJAYA (MENGATASI SEGALA TUNTUTAN HAWA NAFSU GODAAN SYAITAN) DAN DITERIMA (IAITU SEGALA AMALAN DAN IBADAT KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT).

INILAH UCAPAN YANG MENGGAMBARKAN KEJAYAAN YANG TELAH KITA PELAJARI DAN LALUI MELALUI IBADAT PUASA DENGAN SEGALA SYARAT2, LARANGAN DAN SURUHAN ALLAH DALAM IBADAT PUASA:

1. PENDIDIKAN PUASA DIHARAPKAN TELAH DAPAT MEMBERSIHKAN HATI, JIWA, EMOSI DAN NAFSU MANUSIA SEHINGGA MANUSIA KEMBALI BERSIH SEPERTI HARI KELAHIRANNYA DARI PERUT IBUNYA, DALAM KEADAAN FITRAH, BERSIH DARI SEGALA DOSA
2. MANUSIA JUGA SETELAH KELUAR DARI IBADAT PUASA SEBULAN, DIHARAP AKAN TERUS BERJAYA MENJALANI KEHIDUPANNYA DENGAN MENENTANG SEGALA HASUTAN NAFSU DAN BISIKAN IBLIS YANG MEMBAWA MEREKA KE JALAN YANG SESAT DAN TIDAK BERAKHLAK, MENGIKUT NAFSU AMMARAH DAN MENURUT PERANGAI KEBINATANGAN YANG KEJI

3. DENGAN SELESAINYA BERPUASA SELAMA SEBUALAN ITU ADALAH DIHARAPKAN BAHAWA SEGALA AMAL IBADAT, PENGORBANAN DAN KHIDMAT BAKTI MANUSIA KERANA ALLAH AKAN DITERIMA SEPENUHNYA OLEH ALLAH AZZA WA JALLA, DAN AKAN TERUS MENERUS MENDAPAT PETUNJUK-NYA.

INILAH INTI PATI UCPAN RAYA YANG SERING KITA UNGKAP DAN UCAPKAN SEMPENA HARI RAYA YANG MULIA, SETELAH SEBULAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SEGALA HIKMAH DAN RAHSIA IBADAT PUASA ITU DARI SUDUT ROHANI DAN JASMANINYA.

ALLAHU-AKBAR, ALLAHU-AKBAR, ALLAHU-AKBAR WALILLAHIL-HAMD. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN, KEJAYAAN DAN KEMBALINYA KITA KEPADA FITRAH, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, AMPUN MAAF SEGALA KESALAHAN, KESILAPAN DAN KELEMAHAN.

WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....