MENEMPA SEJARAH BARU SELEPAS HARI RAYA
1 Syawal telah berlalu beberapa hari hingga kini. Yang mendukacitakan kita di negara ini ialah selama mana sekali pun kita cuba melatihkan diri untuk berdisiplin dan berakhlak muliA, menghayati nilai akhlak dan ajaran Islam, nampaknya latihan itu agak kurang berkesan, malah dalam beberapa aspek yang tertentu, kita nampaknya semakin mundur ke belakang.
Undang2 negara mengharamkan mercun dan bunga api yang merbahaya, tetapi nampaknya masih ramai yang berusaha menyeludup secara haram kemasukan barang larangan itu, tak kiralah yang menyeludup itu orang Islam atau tidak, tetapi tentulah terdapat orang Islam yang bersyubahat dengan usaha haram ini.
Kemudian kita juga yang membelinya, memberikan anak2 kita bermain, kadang2 mengganggu orang ramai, atau lebeh serius lagi boleh mencacatkan anak2 yang bermain mercun dan bunga api itu dengan kecederaan, buta mata, luka telinga, putus jari dan sebagainya yang mencacatkan pula program beraya anak2 yang tidak berdosa itu.
Yang kedua, ketika orang kita memandu kenderaan di jalan raya, sama ada nak pulang beraya dalam bulan puasa, atau selepas Raya, juga semasa kembali semula ke rumah selepas beraya di kampung, maka pemandu kita tetap dengan adat lamanya, berlumba2, tergesa2 dan memandu laju, kadang2 semata2 kerana kebiasaan, bukan kerana keperluan.
Polis memberitahu dalam keadaan inilah ramai pemandu yang memotong di garisan berkembar, yang tidak sepatutnya dipotong, memasuki lorong kecemasan di Lebuh Raya, memotong lintang pukang, tidak kira sebelah kanan atau kiri, langgar lampu isyarat, potong giliran, berlumba tak tntu fasal dan penunggang motosikal pula berlumba dan memecut tanpa peraturan kerana lupakan diri, maka berlakulah kemalangan yang banyak, sehingga membawa korban nyawa, patah kaki tangan, pinggang dan belakang, malah menambahkan lagi kematian di atas jalan raya.
Di lebuh raya pula, pemandu memandu ikut selera saja nak pandu di sebelah kiri atau kanan. Kalau dia terus menerus memandu di sebelah lorong kanan, maka orang belakang kenalah potong sebelah kiri, pada hal lorong memotong ialah lorong kanan. Keadaan ini menjadi lebeh kuno lagi dalam peraturan memandu di Malaysia ketika para pemandu berada di lebuh raya tiga lorong. Kebanyakan pemandu hanya menggunakan dua lorong saja, iaitu lorong paling kanan, dan lorong tengah, dengan membiarkan lorong kiri kosong seksong2nya, sehingga kelihatan peraturan lalu lintas di negara yang selalu kita heboh2kan sebagai negara maju ini, menjadi negara kolot dan tidak berdisiplin dalam peraturan lalu lintas, iaitu lorong tengah menjadi lorong para pemandu memandu perlahan, lorong kanan dan lorong kiri sekali menjadi lorong memandu laju dan lorong memotong. Apalah punya kolotnya pemandu kita ni.
Selain dari itu, terdapat perkara yang lebeh serius lagi dalam kejadian jenayah dan rompakan, pembunuhan, dan sebagainya yang berlaku di dalam negara kita. Kalau dulu orang mencuri wang di rumah, kedai atau supar market, tetapi sekarang ini, orang mencuri wang dengan mesin ATM nya sekali. Mesin yang begitu berat, dipecahklan dengan berbagai2 cara, dan ada yang dilarikan dengan cara yang tertentu pula.
Jenayah mencederakan orang ,membunuh dan merogol serta kejadian berat lainnya berlaku dengan lebeh hebat jika dibandingkan dengan masa2 lampau, 10 - 20 tahun yang lalu. Orang menjadi terlalu pemarah, pemanas, hilang akal dan pertimbangan, hilang budi dan adab lagi, sehingga semuanya tidak dapat diselesaikan dengan baik lagi, tetapi dengan kekerasan, mencederakan orang lain, malah membunuh.
Namun dalam kekecohan dan angin ribut yang menunggang balikkan negara dan rakyatnya ini, orang politik nampaknya tidak menyedari hal ini, mereka asyik berkonfrantasi sama sendiri, berselisih pandangan dan kefahaman hanya dalam isu2 politik sempit, sama ada sesama sendiri dalam masyarakat etnik dan agama yang tertentu, atau sesama etnik dan agama yang berbeza, caca murba, bising dan hingar bingar tak tentu arah, seolah2 dunia ini hanyalah politik kepunyaan mereka, dan seolah2 negara ini hanya negara politik sempit dan taksub, pilihan raya, kuasa, wang, jatuh menjatuhkan, tolak menolah masuk ke dalam laut dan sungai, itulah saja yang ada dalam negara ini.
Oleh itu saya rasa dalam keadaan ini, kita hendaklah sedar dan merasakan diri masing2 masih berakal, berilmu dan berbudi, oleh itu kita haruslah menjadi orang yang agak bebas dan mempunyai keperibadian sendiri, berfikirlah dengan sendiri, bersuluhlah dengan ilmu dan hikmah sendiri, kalau orang bawa kereta laju dan gopoh, tak ikut peraturan, takl usahlah tiru cara mereka. Kalau orang nak tunjukkan cara nak jadi kaya dengan mencuri mesin ATM, fikirlah sendiri apakah benda itu baik atau tidak, Kalau orang ajak seludup mercun dengan mendapat keuntungan yang lumayan, juga timbang2kanlah dengan matang dan rasional, apakah hanya kerana duit kita ini dihidupkan oleh Allah SWT untuk menghuni bumi-Nya ini. Kalau orang provok sehingga menghilangkan sabar dan kedinginan kepala kita, cepat2lah kembali kepada akal budi dan adab sopan kita, jangan terus mencapai kayu atau besi memukul kepala orang itu.
Dan yang paling pentingnya kalau orang politik bertindak mempengaruhi kita untuk ikut memburuk2kan musuhnya, menjatuhakan lawan politiknya, membawa kabar dalam internet. blog atau portalnya, menjatuhkan agensi2 yang wujud dalam negara, mengatakan orang itu jahat dan bengung, orang itu baik sebaik malaikat, mengajak kita mengatakan satu benda itu hitam sedangkan warna sebenarnya puteh atau kelabu tahi anjing, suruh kita katakan gula itu masin, atau garam itu manis, dan berbagai2 lagi , maka tenguklah dulu, fikirlah dengan otak sendiri, siapakan dianya orang itu, patutkan kita terima bulat2 apa yang dia ketengahkan, mugnkin dia ada kepentingan, ada udang disebalik batu, tabiat buruk dan penabur fitnah, semuanya itu haruslah difikirkan dengan masak2 dan rasional, betulkah apa2 yang dikatakannya, betulkah kita kena ikut dia, tegasnya berfikirlah sendiri masak2 dengan akal dan kepintaran sendiri, tenguklah hakikat yang sebenarnya yang ada di sekeliling kita, jadilah orang yang bebas dan merdeka untuk berfikir sendiri, jangan pakai sentimen melulu saja sehingga tak tahu befikir lagi.
Jadi itulah kepentingan berpuasa dan melatihkan diri dalam ibadat itu, iaitu melatih diri untuk menjadi orang yang bebas dari nafsu sendiri atau nafsu yang disogokkan oleh orang yang belum tahu akal budinya, melatih diri menjadi manusia yang dilahirkan dalam fitrah yang bersih dan suci, dan melatih diri sehingga pada hari raya kita dapat mengatakan bahawa kita merupakan orang2 yang berjaya, yang beramal dengan ajaran agama yang diterima oleh Allah SWT. Kita mestilah menjadi orang yang bebas berfikir dan bertindak, bukan seperti lembu yang dicocok hidungnya, malah kita adalah manusia yang dilahirkan bebas dan merdeka oleh ibu kita, janganlah perhambakan diri kita dengan hasutan dan angan2 tinggi mereka yang tidak bertanggung jawab.
Mungkin terlalu banyak yang saya kemukakan dalam tulisan ini, tetapi tak mengapa, ambillah mana2 yang sesuai dan fikir2kanlah mana2 yang boleh diamalkan, yang saya sebutkan pun bukan semuanya dipersetujui dan sesuai dengan semua orang, kita rambut sama2 hitam, atau sama2 puteh, hati berbeza2 dan berlainan.
Tingga satu yang hendak saya sebutkan di sini iaitu : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, dan sudah tentulah ucapan MAAF SAYA ZAHIR BATIN.
Comments
Post a Comment