HARI KEDUA PULUH TUJUH PUASA
Bagi orang yang berpeluang menunaikan ibadat umrah dalam bulan Ramadan dan berada di Makkah pada malam 27 Ramadan tentunya akan melalui satu pengalaman yang amat luar biasa sekali bagaimana para Muslimin/Muslimat menyambut malam 27 Ramadan di sana. Pertama sekali dari segi fizikalnya, Masjidul-Haram yang begitu luas itu akan menjadi terlalu sempit untuk menampung bilangan para jemaah, yang biasanya dianggarkan sebanyak 3 - 4 juta orang berada serentak di kota Makkah ini, iaitu satu bilangan yang melebihi jemaah haji sendiri ketika melakukan ibadat haji.
Keadaan menjadi lebeh sesak di sekeliling Kaabah, iaitu ketika para jemaah masih bertawaf ketika orang sedang bersembahyang terawih, dan di dalam serta di luar masjid sendiri lautan manusia bergerak seperti ombak yang bergelombang dalam satu lautan yang luas, di dataran masjid, di atas jalan, di atas tangga dan di lorong2 di celah2 bangunan, semuanya berisi dengan manusia, di sana manusia, di sini dan di mana2 saja hanya kelihatan manusia.
Malam 27 Ramadan menarik kaum muslimin dan muslimat untuk memenuhi masjid atau menghampirinya dengan mengadap Kaabah untuk beribadat, bersembahyang, berdoa, berzikir, membaca kitab suci Al-Quran, bertawaf dan sai', semuanya menjadikan para jemaah bersesak2 sekali, tanpa mendapat ruang yang cukup untuk meletakkan tapak kakinya dengan selesa. Hal ini berlaku sepanjang malam, melebihi kesesakan biasa di dalam bulan Ramadan ini, yang sudah pun penuh tepu dengan manusia.
Tumpuan para jemaah ini dari segi amalan dan kerohaniannya membayangkan satu suasana kebesaran Allah SWT dan kekuasaan-Nya yang disembah oleh makhluk yang bernama manusia, yang juga beragama Islam ini. Manusia Muslim dari semua bangsa dan kaum, dari semua benua dan pelosok dunia, jauh dan dekat, semuanya datang untuk beribadat dan memuji, memuja kebesaran Allah SWT.
Amat ketara solidariti dan kesatuan umat ini dalam keadaan yang tersebut dan dalam suasana Ramadan yang berkat dan rahmat ini. Semuanya berimamkan dengan imam yang satu, mengadap kiblat yang satu, membaca kalimah2 yang satu, dan melakukan ibadah yang satu.
Umat Muslimin amat bersatu dalam menunaikan ibadat ini, malah pernah di kemukakan komen oleh beberapa orang teman yang saya kenali ketika berada di Makkah dalam bulan Ramadan ini dan pada musim haji, bahawa orang Islam yang berjumlah jutaan oang ini akan segera mengaturkan kedudukan dan barisan mereka hampir serentak di dalam masa yang amat singkat, iaitu dengan mendengar saja bilal melafazkan iqamah (qamat) untuk memulakan sembahyang, maka jutaan jemaah ini dalam masa yang pendek telah siap berbaris rapat2 mengadap Kaabah untuk memulakan sembahyang bersama2 imam.
Kesatuan barisan ini terjadi dengan sendirinya, yang bagi kumpulan jutaan manusia ini dalam acara yang lain, tentulah memerlukan raptai demi raptai untuk mendisiplinkan diri sepeti yang dilakukan oleh orang Islam ketika bangun serentak mengadap kiblat untuk memulakan sembahyang bersama imam.
Inilah salah satu hikmah amal ibadat bagi Muslimin dan Muslimat, iaitu membentuk satu kesatuan yang amat kukuh dan sempurna, malah dalam ibadat itu sendiri umat Islam melakukannya dengan pergerakan yang sama, bacaan yang sama, niat yang sama sebagai satu elemen yang menyatu padukan mereka semua, bermula dari masyarakat kecil seperti di dalam sembahyang berjemaah di dalam masjid, membawa kepada seluruh umat Islam di dalam dunia ini walau di mana sekali pun mereka berada.
Mereka bersembahyang lima kali sehari semalam di dalam waktu yang telah ditetapkan, mengadap kiblat yang satu, membaca bacaan yang sama, rukuk sujud yang sama, bilangan rakat sembahyang yang juga sama, dan keseragaman hati dan niatnya. Inilah unsur kesatuan ummah yang amat unik bagi umat Islam ini,walau pun mereka berada di bumi yang berbza, masa yang berbeza dan adat tradisi yang berbeza, kerana amalan agama mereka yang asasi adalah satu dan sama.
Allah menjadikan amal ibadat sebagai penyatu ummah, maka Allah juga sebenarnya menuntut ummah keseluruhannya supaya bersatu, bersatu niat dan tekad, berstu hati dan matlamat, dan hal ini tentulah tidak hanya ketika beribadat, tetapi merangkumi juga segala aktiviti untuk kesejahteraan manusia yang diredhai oleh Allah di dunia ini dalam perjalanan manusia menuju kebahagiaan akhirat.
Rahsia kesatuan matlamat dan usaha serta niat dalam amalan keduniaan inilah yang amat tidak menonjol dalam masyarakat umat Islam. Tidak tercapai kesatuan ummah, walau pun dalam negara kecil umat Islam sendiri, dalam rantau dan kawasan geografi yang tertentu, malah umat Islam bersengketa dan berkonflik sesama sendiri, berdengki dan cemburu mencemburui, berkonfrantasi, malah yang lebeh besar lagi beperang dan berbunuhan sesama sendiri.
Hal ini berlaku kerana umat Islam sendiri tidak benar2 memahami konsep kesatuan Islam dan ummahnya itu. Mereka bersatu dalam ibadah, tetapi meeka bepecah dalam politik, ekonomi, pemerintahan negara, pembangunan keluarga dan masyarakat, muamalat dan aktiviti masyarakat, pendidikan, malah tidak mengetahui untuk menguruskan masa dan peluang mereka di dunia ini. Mereka tidak memahami sejarah dunia dan sejarah Islam itu sendiri ketika menempuhi era dan zaman tamadun Islam itu, kebangkitan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi yang berasaskan falsafah ketuhanan dan nilai2 akhlak Islam.
Kepincangan inilah yang amat ketara dalam masyarakat dan dunia Islam sekarang ini, yang walau pun kita melihat mereka amat bersatu dan berpadu, tetapi kesatuan dan perpaduan itu mungkin hanya berlaku di dalam masjid dan tempat ibadat, ketika menjalankan ibadat dan ritual sahaja, sungguh pun kesatuan ini adalah merupakan unsur yang fundemental bagi ummah keseluruhannya..
Bagaimana pun malam 27 Ramadan, malam yang dimasyhurkan sebagai malam Lailatul-Qadar oleh sebahagian ulamak itu, tetap merupakan malam agung, malam kebesaran dan keagungan Allah SWT, ketika semua hati dan jasmani Muslimin semuanya tertumpu kepada Allah yang berlaku setiap tahun di Makkah ini.
Cuma yang amat kita harapkan bahawa kesatuan ummah dalam ibadat ini akan sampai masanya pada satu waktu dan ketika nanti akan dapat diterjemahkan ke dalam kesatuan ummah dalam seala aspek kehidupanya, dunia dan akhirat.
Secara kebetulan pada hari ini ketua2 negara Islam sedang berkumpul di Makkah dalam persidangan anjuran OIC, dan Malik Abdullah, Raja Saudi, telah membuka persidangan kemuncak dengan harapan tinggi agar umat Islam dapat menyelesaikan sengkita dan kerisis sesama mereka seperti yang sedang berlaku di Syria, dan dapat membantu saudara2 Muslim yang teraniya dan tertindas seperti keadaan umat Islam di Burma dan Palestin.
Semogaa segala harapan ini benar2 dapat dihayati oleh semua ketua negara Islam itu dengan ikhlas dan penuh keinsafan, setelah sekian kali dan sekian lama mereka bersidang dan berbincang, membuat resolosi dan perakuan, tetapi semuanya masih tinggal dalam keputusan dan resolosi, tidak dapat diterjemahkan dengan sebaik2nya.
Berdoalah kita kepada Allah SWT agar malam berkat Lailatul-Qadar , malam 27 Ramadan ini, segala doa dan permohonan kepada Allah SWT akan dimakbulkan-Nya, insya'Allah.
Secara kebetulan pada hari ini ketua2 negara Islam sedang berkumpul di Makkah dalam persidangan anjuran OIC, dan Malik Abdullah, Raja Saudi, telah membuka persidangan kemuncak dengan harapan tinggi agar umat Islam dapat menyelesaikan sengkita dan kerisis sesama mereka seperti yang sedang berlaku di Syria, dan dapat membantu saudara2 Muslim yang teraniya dan tertindas seperti keadaan umat Islam di Burma dan Palestin.
Semogaa segala harapan ini benar2 dapat dihayati oleh semua ketua negara Islam itu dengan ikhlas dan penuh keinsafan, setelah sekian kali dan sekian lama mereka bersidang dan berbincang, membuat resolosi dan perakuan, tetapi semuanya masih tinggal dalam keputusan dan resolosi, tidak dapat diterjemahkan dengan sebaik2nya.
Berdoalah kita kepada Allah SWT agar malam berkat Lailatul-Qadar , malam 27 Ramadan ini, segala doa dan permohonan kepada Allah SWT akan dimakbulkan-Nya, insya'Allah.
Comments
Post a Comment