HARI KEDUA PULUH SATU PUASA

Sepuluh terakhir Ramadan mempunyai kepentingan nya tersendiri, terutamanya bagi pandangan ulamak yang mengatakan bahawa dalam sepuluh malam yang terakhir Ramadan inilah, akan tiba malam Lailatul-Qadar yang penuh berkat itu. Namun atas alasan apa2 sekali pun kita sememangnya haruslah terus menerus beribadat sehingga ke akhir Ramadan, kemudian meneruskan lagi di luar bulan Ramadan ini.

Bagi kita yang dapat berpuasa dalam aman damai, kita boleh memilih untuk berada di masjid atau di rumah untuk beramal dalam jangka masa 10 malam yang terakhir bulan puasa tahun ini. Kedamaian yang kita kecap ini belum tentu wijud dan hadir di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam, yang sedang bergolak dalam bulan mulia dan berkat ini.

Dalam banyak2 berita  akhbar yang sempat kita baca semalam, hari ke-20 puasa, sekurang2nya terdapat tiga berita yang menyedihkan di tiga buah negara Islam di Asia Barat. Hal ini berlaku di dalam bulan Ramadan, ketika orang Islam sepatutnya hanya sibuk dengan ibadat puasa, dan berabdi kepada Allah SWT, siang dan malam mencari keberkatan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Di Sinai, Mesir, tentera berhelikopter menembak dan membunuh 20 orang manusia, yang disifatkan sebagai "militan" oleh askar,  iaitu berikutan dari satu kejadian pembunuhan yang dilakukan oleh sekumpulan orang yang dikatakan "ekstremis" ke atas 16 orang askar Kerajaan sebelum ini.

Kedua2 belah pihak yang terlibat, iaitu askar dan lawannya, adalah manusia dan insan, yang tentunya mempunyai perasaan dan emosi, dan mereka pula mempunyai keluarga yang jauh dan dekat, maka dengan trajedi ini, bererti banyak insan yang terlibat dengan kehilangan nyawa ini,  akan merasa dukacita, heba, sedih, marah dan dendam, bercampur aduk dalam jiwa mereka.

Maka dengan itu, bulan Ramadan, dan kebesaran bulan ibadat dan rahmat ini tidak mungkin sama lagi dengan bulan Ramadan di negara saudara2 mereka seagama di dunia lain. Dan dengan itu, Mesir, tetap akan begolak dan mendidih dengan kepanasan konflik yang telah sekian lama berlaku, tanpa kelihatan sebarang tanda keamanan, termasuk di dalam bulan mulia ini.

Kejadian kedua berlaku di Gazah, iaitu dengan keputusan sebuah mahkamah yang menyokong dasar Kerajaan Israel membenarkan orang Kristian dari semenanjung Gazah untuk bersembahyang di tempat2 suci di Israel dan Tebing Barat, sedangkan orang2 Islam tidak dibenarkan berbuat demikian, iaitu ketika Kerajaan Israel  melarang 6 orang wanita Islam yang hendak pergi ke Masjid Al-Aqsa untuk bersembahyang dalam bulan Ramadan ini.

6 orang wanita Islam ini, yang disokong oleh beberapa pertubuhan bukan Kerajaan yang bersimpati dengan mereka, telah mengecam Kerajaan Israel yang dianggap mengamalkan dasar diskriminasi agama terhadap orang Islam, iaitu bersikap berat sebelah untuk kepentingan penganut Kristian yang hanya berjumlah kira2 3,000 orang , dan berlaku zalim kepada orang Islam yang berjumlah jauh lebeh besar dari penganut Kristian, iaitu 1.6 juta orang.

Masjid Al-Aqsa yang ditawan dan dikuasai oleh Israel dalam peperangan 5 hari dalam bulan Mei 1967, menjadi kubu kuat Israel, dan meupakan salah sebuah dari 3 buah masjid suci dalam Islam, selain dari Masjidul-Haram dan Masjid Al-Nabawi di Madinah. Alhamdulillah 2 buah masjid suci dari 3 buah masjid itu berada dalam tanah suci yang diperintah oleh orang Islam, iaitu Saudi, tetapi Masjid Al-Aqsa berada dalam pemerintahan regim Yahudi yang ganas dan sombong itu, lalu mereka dapatlah melakukan apa2 saja yang mereka mahu, termasuk melarang penganut Islam dari menziarahi Masjid itu, dan bersembahyang di dalamnya.

Satu berita lain yang disiarkan semalam juga menjadikan kita merasa sedih dan hampa, kerana kejadian itu akan memecah belahkan umat Islam kepada golongan2 tertentu berdasarkan pegangan mazhab dan kepercayaan tertentu. Berita itu menyebut bahawa ketua negara Syria, Presiden Al-Asad akan menubuhkan sebuah kawasan untuk beliau dengan para pengikutnya dari golongan Alawi, sekiranya dia tidak berjaya mengawal lagi rakyat Syria keseluruhannya yang memberontak.

Golongan Alawi ialah golongan yang terdiri dari pengikut Syiah, dan golongan pemberontak pada umumnya adalah pengikut Sunni. Sekiranya berlaku rancangan yang dikatakan dirancangkan oleh Presiden Asad itu, maka negara Syria dan kawasan berdekatan dengannya akan sentiasa berada dalam huru hara dan konflik yang berpanjangan, yang akibatnya mungkin akan mewujudkan keadaan yang lebeh tegang, yang akhirnya akan menyebabkan keganasan dan peperangan saudara di antara umat Islam sendiri.

Sekarang ini pun akibat dari konflik dalaman dan keganasan yang berlaku diantara pemerintah dan pemberontak, maka ramai rakyat Syria yang terpaksa berpuasa dalam ketakutan, dalam pelarian untuk menyelamatkan diri, lari ke negara lain dalam keadaan lapar dan dahaga, entah makan atau tidak, entah dapat berpuasa atau tidak, hanya Allah saja yang maha mengetahui.

Menjadi pelarian perang bukannya mudah seperti orang pergi melancung, kita yang tidak pernah mengalami keadaan ini hanya dapat menggambarkannya sahaja, bagaimana kesusahan dengan anak2 kecil dan besar, dengan orang2 yang sakit dan berusia lanjut, yang tak mampu berjalan atau berlari, yang takut dan ngeri, dan seribu satu macam penderitaan, maka kita dapat bayangkan, bagaimanakah keadaannya jika terpaksa berpuasa dalam keadaan begini, tentu tidak ketahuan lagi di mana bersembahyang, berbuka dan bersahur, berteduh dari udara panas atau sejuk, hujan atau ribut padang pasir...Tak taulah hendak kita bayangkan...

Inilah situasi umum di dalam beberapa buah negara Islam yang dapat dilihat pada hari ini dengan mata kasar, kerana apa2 yang sebenarnya berlaku di dalam masyarakat dan dunia Islam ini amatlah kompleks, dengan permainan politik dan ekonomi sebagai latar belakangnya, juga kuasa2 asing dari Timur dan Barat yang memainkan peranan masing2 untuk mewujudkan keadaan yang huru biru dan kacau bilau di dalam negara Islam sendiri, yang pada analisis akhirnya, negara dan umat Islam sendiri yang akan mengalami akibatnya. Imej dan situasi umat Islam kelihatan amat rendah dan tercemar sekali pada pandangan mata dunia antarabangsa, sedangkan kita sebenarnya berada dalam bulan yang mulia dan suci ini.

Bagaimana pun, tanpa menghiraukan sangat peristiwa yang berlaku di luar, maka saya rasa umat Islam di negara kita mestilah  meneruskan kehidupan yang rukun dan damai, bersatu dan berpadu dalam menegakkan agama kita yang sedia tertegak dengan baik di negara kita ini (Biarlah ketua2 politik yang tak sabar itu saja bersengkita dan bergaduh, kita jangan). Paling bersyukur kerana suasana aman damai, mewujudkan suasana hening dan kyusuk untuk beramal ibadat, rezeki melimpah ruah, makanan banyak, kadang2 terlalu banyak sangat pula hingga sentiasa menjadi korban tong sampah. Orang lain tak ada apa2 hendak di makan, tetapi kita tak tahu apakah yang hendak dimakan, kerana jenis dan hidangan makanan terlalu banyak! Mungkin orang lain mati kelaparan kerana tidak ada makanan, tetapi orang kita mati kekenyangan, terlalu banyak makanan (pada lahirnya sajalah, kerana hidup mati adalah ketentuan Allah SWT!)

Keinsafan ini mungkin perlu kita pupukkan dengan lebeh bersemarak lagi dalam masyarakat kita menjelangnya hari ke-21 puasa Ramadan tahun ini....






Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....