HARI KE-22 PUASA: AMANAH, JUJUR DAN ADIL...
22 RAMADHAN 1434 Alangkah baiknya kalau manusia dapat menjadi orang yang amanah, jujur dan adil, dan alangkah baiknya kalau orang yang berpuasa akan dapat mengambil pelajaran dari ibadat puasanya menjadi orang yang bersifat dengan sifat-sifat yang baik itu. Malah kalau tidak beramanah, jujur dan adil kepada sesama manusia pun, alangkah baiknya kalau manusia dapat menjadi orang yang beramanah, jujur dan adil kepada dirinya, agar menjadi beramanah dan jujur kepada Allah SWT. Dalam berpuasa, umat Islam menjadi amanah kepada Allah SWT, kerana dia akan berpuasa tanpa makan dan minum atau membuat satu perkara yang membatalkan puasanya di dalam tempat sulit, tersembunyi atau di tempat terbuka dan di hadapan khalayak. Dia juga menjadi jujur kerana dalam berpuasa dia tidak mencuba untuk menipu dirinya, apa lagi menipu Tuhan. Kalau bilangan hari berpuasa ialah selama 30 hari, maka dia akan berpuasa selama 30 hari. Tetapi kalau dia terpaksa berbuka satu atau dua hari kerana saki...