HARI KE-12 PUASA: ARAH TUJU GENERASI BARU...
12 RAMADHAN 1434
Setiap malam, dalam bulan Ramadhan ini, kita dapat menyaksikan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke surau atau masjid untuk sama-sama menunaikan sembahyang. Hal ini merupakan satu adat kita yang seharusnya di pupuk dan diteruskan dengan lebih baik lagi, kerana menjinakkan anak-anak dengan tempat ibadat serta mencari pengalaman dari pergaulan serta suasana di tempat-tempat ibadat itu adalah merupakan proses pendidikan yang baik bagi mereka.
Sekarang ini orang berbicara tentang generasi baru, iaitu generasi Y, yang dilahirkan diantara atahun 1977 hingga 1997, yang berumur diantara 16 hingga 36 tahun sekarang ini. Generasi selepas generasi Y pula ialah generasi Z, iaitu anak-anak yang berumur 16 tahun ke bawah. Generasi Z inilah yang sering kita lihat mengikut ibu bapanya ke suaru atau masjid. Generasi Y biasanya akan berpergian secara bebas ke mana-mana sahaja yang mereka mahu.
Di negara kita generasi X dan Y berjumlah kira2 (42%) dari keseluruhan penduduk negara ini. Golongan muda ini yang dikenali sebagai generasi kamera, i-pad, telefon bimbit, laptop dan sebagainya seringa berinteraksi sepanjang hari, tetapi bukan secara face to face dengan orang yang mereka hubungi, malah dengan ibu bapa sendiri dalam satu rumah pun, mereka sering bermesej dengan sms, tanpa berusaha untuk pergi mengadap ibu bapa atau saudaranya dalam rumah yang sama, bersemuka dan berbicara secara langsung.
Oleh itu amatlah diharapkan bahawa pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak muda, generasi baru ini, supaya turut ke dalam surau atau masjid, tidak hanya sekadar itu sahaja, malah akan diluaskan kepada institusi yang lain, seperti institusi pendidikan, kolej dan universiti, ketika hendak kita pertingkatkan pendidikan politik dan kewarnrgaraan mereka.
Kalau sebelum ini mungkin terdapat orang-orang tertentu yang sanggup membela dan bersimpati dengan mereka, walau pun terbukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara, maka untuk masa yang akan datang mereka haruslah dipandu dan di didik supaya mereka benar-benar sedar apakah hak dan tanggung jawab mereka sebagai warganegara dan sebagai peneraju politik negara umpamanya.
Inilah mesej saya untuk hari ke-12 berpuasa ini.

Sekarang ini kita pandang
saja di atas LRT, Monorel, bas, di stesen kenderaan awam, di restoran dan tempat
menunggu apa-apa saja, mereka duduk berhimpit-himpit dan berderet-deret, dan kelihatan mereka berkomunikasi melalui telefon bimbit dan gajet lainnya, tetapi bukan dengan orang yang di sebelah atau di hadapan mereka, bahkan dengan orang lain, entah jauh entah dekat, tidak siapa pun yang tahu.
Mereka kelihatan
amat tenang dan damai secara lurannya, namun jauh di dalam minda dan hati
nurani mereka, tiada siapa juga yang tahu, kecuali mereka sahaja secara sepi dan senyap. Mungkin mereka sedang terapong-apong dalam lautan yang sedang bergelora dan terumbang ambing dipukul ribut tofan yang amat kencang, kerana
mereka mungkin sedang berkomunikasi dengan anasir-anasir yang tidak menentu, tidak tenteram dan sebagainya.
Hal ini kadang-kadang akan menyebabkan ketidaksetabilan minda dan daya
pemikiran para remaja itu, yang sekali gus dapat mengubah pandangan hidup dan
tujuan hidup ini sendiri bagi mereka, dan mungkin juga akan membentuk satu visi serta pandangan hidup yang amat ganjil, menyimpang dari norma-norma kehidupan bermoral dan sebagainya.
Keadaan ini agak membimbangkan dan amatlah ditakuti bahawa ledakan emosi dan perasaan mereka mungkin boleh memberi kesan kepada minda dan jiwa mereka sendiri. Hanya amatlah diharapkan bahawa situasi ini tidak sampai membawa kepada kemurungan atau ketidak setabilan jiwa dan pemikiran mereka, yang mungkin pula akan mengganggu tingkah laku dan segala tindakan mereka.

Pada tahun hadapan
2014, satu pungutan suara – Referendum, akan diambil di Scotland untuk
kemerdekaan wilayah Scotland dari United Kingdom. Satu berita yang disiarkan di
dalam sebuah akhbar di Scotland pada 1 Julai 2013 menyatakan bahawa Parlimen Scotish
(MSPS) telah meluluskan rang undang-undang untuk membenarkan generasi muda yang
berumur 16 dan 17 tahun untuk mengundi didalam pungutan suara itu. Presiden
baru Persatuan Pelajar Kebangsaan Scotland, iaitu seorang wanita yang bernama Toni Pearce
menyokong cadangan tersebut dengan alasan bahawa sekiranya negara telah
memutuskan bahawa belia yang berumur 16 dan 17 tahun
itu sudah cukup matang untuk membayar cukai , maka mereka juga haruslah
dianggap sebagai generasi yang sudah cukup matang untuk membuat keputusan
bagaimanakah wang cukai itu harus dibelanjakan (if 16 year-olds are old enough
to pay tax, then they are old enough to help decide how that money should be
spent”. tetapi dia juga memberi amaran bahawa “lowering the voting age must go
hand in hand with more political and citizenship education”
Yang amat menarik perhatian saya dalam kenyataan di atas, bahawa generasi muda yang diberikan kepercayaan begitu tinggi, haruslah dibimbing dan tentunya dididik dengan bersungguh-sungguh tentang tanggung jawab politik dan kewarnegaraan mereka. Inilah juga sebenarnya kebimbingan kita dalam negara ini, iaitu apa bila generasi muda telah diberikan perhatian dan hak yang agak banyak kepada mereka, tetapi mungkin mereka agak ketandusan rasa tanggung jawab terhadap negara dan bangsa, dan dalam masa yang sama mereka juga mungkin tidak matang dalam menjalankan tugas mereka sebagai warga negara yang bertanggung jawab terhadap politik negara. Inilah yang dimaksudkan di atas tentang "poliitical and citizenship education" yang seharusnya dipupuk dengan matang ketika mereka merasakan bahawa mereka sudah cukup matang dalam membuat keputusan dalam dasar dan politik negara.
Oleh itu amatlah diharapkan bahawa pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak muda, generasi baru ini, supaya turut ke dalam surau atau masjid, tidak hanya sekadar itu sahaja, malah akan diluaskan kepada institusi yang lain, seperti institusi pendidikan, kolej dan universiti, ketika hendak kita pertingkatkan pendidikan politik dan kewarnrgaraan mereka.
Kalau sebelum ini mungkin terdapat orang-orang tertentu yang sanggup membela dan bersimpati dengan mereka, walau pun terbukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara, maka untuk masa yang akan datang mereka haruslah dipandu dan di didik supaya mereka benar-benar sedar apakah hak dan tanggung jawab mereka sebagai warganegara dan sebagai peneraju politik negara umpamanya.
Inilah mesej saya untuk hari ke-12 berpuasa ini.
Comments
Post a Comment