RAMADHAN HARI KE-2: BELAJAR..DAN BELAJARLAH.....
2 RAMADHAN 1434
"Hari ini Mak masak makanan kegemaran sayang" ujar ibu kepada anaknya. "Makanan kesukaan ayah pun Mak sediakan" tambahnya. Memang betul, anaknya amat suka makan nasi dengan telur goreng dan ayam masak lemak. Bapanya pula suka makan nasi dengan sup daging dan sayur pucuk paku!
Itulah saat gembira bagi wanita ini bila tiba masa untuk memasak makanan kegemaran dua orang ahli keluarga kesayangannya ini.
Dia mengetahui makanan kesukaan masing-masing, kerana dia telah mempelajarinya dari kebiasaan mereka. Malah terdapat ibu dan isteri yang tanpa diberitahu tentang makanan kesukaan anak-anaknya, atau suaminya, dan kadang-kadang bapa saudaranya juga, tetapi dia mengetahui apakah makanan yang disukai mereka, kerana dia selalu memerhatikan makanan manakah yang selalu nampaknya mereka makan dengan penuh selera, kadang-kadang sehingga kering pinggannya.
Hal ini amat terasa pentingnya di dalam bulan puasa ini, kerana setelah berpuasa sepanjang hari, maka untuk berbuka puasa, makanannya mestilah yang di sukai oleh seseorang itu. Ibu atau isteri itulah yang mengambil tanggung jawab bagi memenuhi keperluan selera keluarganya. Sungguh mulia wanita yang berbuat demikian.
Namun si suami dan bapa juga ada diantaranya yang memainkan peranan ini, apabila ia ke pasar Ramadhan, ia akan memborong penganan dan makanan yang dia tahu menjadi kegemaran isteri dan anak-anaknya, bukan yang hanya menjadi kegemarannya sahaja, seperti yang mungkin dilakukan oleh sebahagian lelaki yang tidak mengetahui sangat tentang selera orang-orang di rumahnya.

Inilah ertinya pelajaran dan mempelajari sesuatu dari orang, terutamanya orang-orang yang hampir dan dekat dengan kita. Memang kalau hendak mempelajari sesuatu, sama ada tentang diri kita, atau sebarang keadaan di sekeliling kita, kita seharusnya bertanya dan berusaha mempelajarinya dari orang-orang yang dekat dengan kita, kerana orang yang paling hampir dengan kita itulah yang sering mengenali dan mengetahui banyak hal tentang diri kita, yang kadang-kadang tidak kita sedari langsung, malah mungkin juga kita sering berfikir dan bertanya "Ah, apakah yang dia tahu tentang diriku"?
Memang agak malang, kita biasanya tidak mahu belajar dari orang yang dekat dan rapat dengan kita, seperti kawan-kawan sekerja dan serumah, ahli-ahli keluarga kita, juga guru atau murid kita sendiri. Sedangkan kalau kita mahu mengetahui tentang diri kita, maka mereka inilah yang mengetahui tentang diri kita. Kita akan rugi dan malang sekali peluang untuk mempelajari tentang diri kita dari mereka ini tidak kita gunakan.
Tanyalah mereka tentang kelemahan kita mengikut kesesuaian yang tertentu, umpamanya tanyalah Ibu kita apakah perangai buruk kita yang dia selalu lihat dan alami dari kita? Bagaimanakah hendak kita usaha untuk memperbaikinya? Berterus teranglah dengan isteri dan suami untuk menanyakan tentang diri kita, kelemahan dan kekuatan kita, sikap dan perangai, tingkah laku dan tabiat kita yang mungkin telah lama kita amalkan tanpa kita sedari akan kebaikan atau keburukannya.
Tanya kawan kita tentang sikap dan adat kita yang dia tak suka, atau yang dia dengar semua orang tak suka. Tanya orang bawahan kita demikian juga, malah tanya juga pemandu kita pun, semua mereka setelah merasakan bahawa kita ikhlas bertanya, akan memberikan jawapan ikhlas, dan kita akan mendapat manfaatnya, terlepas sama sekali dari kesombongan diri dan ke-egoan sendiri.
Bagaimana pun berilah pertimbangan yang saksama terlebeh dahulu tentang siapakah yang hendak kita tanya itu, supaya kita benar-benar mendapat jawapan yang betul, atau hampir betul.
Maka Ramadhan juga merupakan bulan yang mengajar kita untuk bertanya dan mengetahui tentang diri kita dari orang-orang yang hampir dan dekat dengan kita, sama seperti kita memilih makanan yang sesuai dengan selera kita, dan makanan yang emak atau isteri kita sediakan itulah yang paling sesuai dengan selera kita....malah mungkin juga makanan yang dibelikan suami dan anak-anak kita dari pasar Ramadhan memang teerpileh dan cucuk dengan selera kita..
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186 :
"...Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai diri-Ku, maka jawablah kepada mereka (wahai Muhammad) "sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apa bila ia berdoa kepada-Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada -Ku, supaya mereka menjadi baik dan betul".
Allah SWT adalah yang paling hampir dengan kita, maka pelajarilah, hayatilah dan ambillah segala-segalanya dari Dia, malah mohonlah sebarang permohonan dan doa kepada-Nya, kerana Dia adalah paling hampir dengan kita....samalah juga ketika kita mempelajari dan ingin mengetahui sesuatu tentang diri kita atau hal-hal lain, maka pelajarilah dari orrang-orang yang paling hampir dengan kita...!

Comments
Post a Comment