HARI KE-19 PUASA: TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU INI BERPUASA....
19 RAMADHAN 1434
Cuma yang harus diingat bahawa kesabaran manusia tentulah mempunyai sempadan yang tertentu.......
Menjelang minggu ini, masyarakat Islam di negara kita menerima beberapa pukulan dari dua peristiwa yang menguji kesabaran dan kewarasan pemikiran umat ini. Tetapi seperti biasa, umat Islam dan orang Melyu menerimanya dengan sabar dan tenang, mungkin juga dalam semangat Ramadhan, ketika baginda Rasulullah SAW sentiasa berpesan bahawa sekiranya ada sesuatu ujian atau isu yang menganggu kita, maka katkanlah "Tuhanku, bahawa sesungguhnya aku ini berpuasa..."
Dua peristiwa yang saya maksudkan itu ialah:
Dua peristiwa yang saya maksudkan itu ialah:
Pertama: peristiwa tentang sebuah sekolah di ibu kota dalam bulan Ramadhan ini, yang diberitakan telah melakukan "penghinaan" terhadap pelajar-pelajar bukan Islam dengan "memaksa" pelajar-pelajar itu minum dan makan di dalam "tandas".
Kedua: keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bahawa tindakan seorang suami, bapa kepada tiga orang anak, yang memeluk agama Islam, dan mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan ibunya yang masih kekal dalam agama asalnya, tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
Saya mengemukakan dua kes ini, bukanlah untuk memberi sebarang komen tentang dua kes tersebut, malah tidaklah pula untuk mempersoalkan tujuan media yang mengheboh-hebohkan isu ini agak melebihi sempadannya tanpa memperdulikan sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini..
Namun yang hendak saya tekankan di sini bahawa sungguh pun kes ini agak sensasi, tetapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana nampaknya umat Islam yang seolah-olah menerima tamparan yang hebat itu, telah menerimanya dengan sabar dan tidak menunjukkan sebarang reaksi kesal, marah atau bertindak di luar batas-batas tatasusila agama.
Malah pada mulanya, orang Islam sendiri telah menyatakan kekesalan dan kemarahan mereka terhadap berita pertama yang mengatakan bahawa kanak-kanak bukan Islam terpaksa makan dan minum di dalam tandas dalam bulan Ramadhan ini.
Tetapi akhirnya ternyata bahawa peristiwa yang berlaku itu bukanlah sebenarnya begitu, malah tempat makan minum ini adalah di dalam bilik persalinan yang tidak digunakan sebagai tandas, dan penggunaan tempat itu telah pun dilakukan beberapa bulan yang lalu oleh semua pelajar, tanpa mengira agama dan keturunan, kerana kesempitan ruang kantin sekolah.
Dalam isu kedua pun, nampaknya seperti biasa, warga negara kita menerima keputusan mahkamah dengan rela hati, dan tidak memberikan sebarang reaksi yang tidak bertamadun, kerana umat Islam khasnya di negara ini sering menerima realiti perundangan negara bagi segala peristiwa yang berlaku di negara ini, termasuk isu yang menyentuh agama dan keturunan bangsa sendiri.
Orang Islam dan rakyat kita pada umumnya amat mematuhi perintah mahkamah, yang bererti bahawa mereka mematuhi undang-undang negara ini dengan taat. Bagi mereka segala keputusan mahkamah hendak lah diterima, dan sekiranya terdapat ketidak puasan hati, barulah dikemukakan rayuan kepada mahkamah, sehingga ke peringkat yang paling tinggi.

Inilah sebenarnya sikap dan akhlak Islam yang seharusnya kita kekalkan, kerana dalam Islam pintu perundingan dan penyelesaian masaalah sentiasa terbuka, iaitu sebarang kerisis dan isu yang timbul di dalam masyarakat, hendaklah diselesaikan dengan penuh ilmu dan hikmah, dan dengan mengikut saluran serta prosuder yang tertentu, kerana dalam konteks mematuhi undang-undang, hanya mahkamah sahaja yang boleh memutuskannya.
Hal inilah yang saya rasakan bahawa orang Melayu yang menerima ajaran Islam dan menghayati akhlak dan moral Islam itu sememangnya amat komited kepada ajaran agamanya. Mereka menyedari tanggung jawabnya terhadap Allah dan Rasul-Nya, dan mereka sentiasa menyedari akan falsafah perjuangan dalam menegakkan agama ini, iaitu tanpa mengorbankan prinsip dan ajaran asas agama Islam sendiri.
Melihat peristiwa yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq, Tunisia dan lain-lain lagi di negara para anbiya' (para nabi) itu pada masa ini, saya sering bertanya apakah umat Islam di negara-negara tersebut tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menahan marah dan nafsu ledakan emosi dan sentimen mereka ketika menghadapi kerisis dalam negara mereka pada masa kini?
Apakah bulan puasa, bulan ibadat dan bulan untuk menahan nafsu, ketika umat Islam mempelajari dan menghayati perasaan sabar dan bertawakkal kepada Allah ini, mereka falsafah puasa ini masih tidak dapat menyedarkan umat Islam untuk mencari penyelesaian secara aman dan damai dalam sebarang pertikaian mereka?
Di manakah ajaran dan pendidikan yang seharusnya mereka hayati dalam menghadapi tekanan dan kerisis sesama mereka sehingga mereka sanggup menghalalkan perbuatan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam sendiri, seperti menumpahkan darah dan berbunuhan sesama sendiri ?

Bila saya menyebut "mereka" maka maksud saya ialah semua rakyat dari berbagai golongan dan ideologi politik di sana, termasuk pimpinan negara yang nampaknya tidak lagi mempunyai inisiatif yang berhikmah bagi menyelesaikan isu negara mereka yang sedang bergelora dan menantikan kehancuran sahaja sekarang ini.
Nampaknya umat Islam di bumi para Nabi dan Rasul ini, amat rapuh iman dan syariatnya. Tanpa meletakkan kesalahan kepada sesiapa pun, saya rasa, rakyat dan pemerintah Mesir, dan negara-negara lain yang bergolak di sana, mestilah segera mencari jalan bagi menyelesaikan isu mereka sendiri dengan secara baik seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nabi Mohammad SAW.
Dalam konteks perbandingan inilah, maka sekali lagi nampaknya orang Melayu Islam di negara ini mempunyai kelebihan dari segi penghayatan agama dan sentiasa memelihara ketahanan diri ketika menghadapi kerisis dan pergolakan suasana di sekekelilingnya.
Dalam keadaan begini, saya amat berharap bahawa kawan-kawan kita bukan Islam haruslah juga mengambil iktibar dan pelajaran yang berguna tentang sensiviti orang lain, terutamanya orang Meyu sendiri dalam mengambil pendekatan untuk membuat aduan tentang ketidak perihatinan tentang pemimpin dan institusi Melayu sendiri. Umat Melayu Islam sentiasa bersabar dan inginkan perdamaian....

Comments
Post a Comment