HARI KE-7 PUASA : KISAH PEPERANGAN, PERANG BESAR ATAU KECIL..?
7 RAMADHAN 1434
Dalam bulan Ramadhan, banyak medan perang yang perlu kita harungi, terutamanya dalam memerangi hawa nafsu sendiri. Oleh itu kita haruslah bijak memilih medan perang manakah yang hendak kita ceburi supaya kita sentiasa menjadi orang yang menang.
Kata-kata hikmah yang sering dibaca dalam bahasa Inggeris berbunyi "Choose your battles wisely" pilihlah peperangan manakah yang hendak kita ceburi dengan berhikmat dan bijak, kerana dalam hidup ini, kita terpaksa berperang di dalam banyak medan peperangan. Oleh itu diantara sekian banyak medan perang, atau peperangan itu sendiri, kita haruslah bijak memilih, peperangan manakah yang seharusnya kita berikan keutamaan, dan peperangan manakah yang hanya merupakan perang remeh temeh, yang tidak seharusnya kita letakkan di dalam senarai yang teratas sekali, atau yang seharusnya dilupa dan diabaikan saja.
Dalam masyarakat kita terdapat banyak orang yang akan "berperang" dalam segala perkara, berhujah, bertegang leher dalam mempertahankan atau mengecam segala isu, termasuk isu kecil atau remeh..
Realitinya memanglah hidup ini tidak akan berjalan mengikut yang kita kehendaki kesemuanya. Orang lain tidak semuanya akan berkelakuan atau bertindak seperti tindakan dan cara kita, atau mengikut caranya yang kita mahu. Manusia adalah terdiri dari makhluk yang berbagai-bagai ragam dan warna. Allah SWT pun menyebut bahawa manusia ini dijadikan dalam kepelbagaian jenis, warna kulit dan bahasa....
"...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu, dan warna kulit kamu, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan". Surah Al-Rum ayat 22.
Perbezaan bangsa, warna kulit dan bahasa manusia ini, mencerminkan juga perbezaan adat, budaya dan tingkah laku mereka di dalam dunia yang serba kompleks ini.
"...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu, dan warna kulit kamu, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan". Surah Al-Rum ayat 22.
Perbezaan bangsa, warna kulit dan bahasa manusia ini, mencerminkan juga perbezaan adat, budaya dan tingkah laku mereka di dalam dunia yang serba kompleks ini.
Kita sering berhadapan dengan orang-orang yang tidak bersetuju dengan kita dan yang bertindak atau berkelakuan yang tidak sama dengan kelakuan kita.
Malah lebih dari itu kita selalu juga berhadapan dengan kebuntuan dalam sebarang kerja yang kita lakukan, tidak menjadi, dan tidak berhasil seperti yang kita cita-citakan.
Malah lebih dari itu kita selalu juga berhadapan dengan kebuntuan dalam sebarang kerja yang kita lakukan, tidak menjadi, dan tidak berhasil seperti yang kita cita-citakan.
Oleh itu sekiranya semuanya ini hendak kita perangi, kita lawan dan bermati-matian berjuang untuk membetulkannya mengikut kehendak kita, atau seperti yang kita mahu, maka alamatnya kita akan menghabiskan hampir seluruh umur dan hidup kita berjuang dalam segala-segalanya itu tanpa selesai.
Banyak contoh peperangan remeh yang sering memerangkap manusia dan mengheretnya ke lembah kehidupan yang amat stress dan tegang.
Apakah setiap yang dilakukan oleh pasangan hidup kita itu salah semuanya? Apakah ketika jiran kita meletakkan keretanya di persimpangan masuk jalan ke rumah kita seharusnya membawa kepada perkelahian yang besar? Adakah kerana sebuah artikel kecil yang ditulis orang tentang rupa paras atau kelakuan kita sudah cukup untuk kita mengambil tindakan undang-undang?
Apakah setiap kali berlaku perselisihan pendapat dengan orang lain, terutamanya dengan orang yang paling hampir dengan kita, seperti suami isteri dan adik beradik, maka kita akan bermati-matian mengatakan bahawa kita sahaja yang betul dan orang lain itu semuanya salah?
Ramai orang yang suka berbincang tentang "kesalahan" orang lain ketika sedang menghadapi hidangan, "Si Anu tu asyik duk perhati kita saja, apakah dia fikir kita ni bertanduk, bertaring?" "Isteri orang tu asyik bersolek macam bintang filem, apa dia ingat dia tu cantik sangat seperti ratu cantik?" "buah durian yang abang beli tu dah masak sangat, apa abang tak nampak ke?" "Kamu ni emaknya, kalau masak ikan, selalu keras macam batu, nak makan macam mana?"....dan seribu satu isu lagi dibangkitkan sehingga membantut selera makan, dan kadang-kadang membawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah!
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, cuba-cubalah cermin diri kita sendiri, kerana mungkin diri kita sendiri pun, tanpa kita sedari, mempunyai kecenderungan begitu, jadi bolehlah cuba-cuba kita insafi dan perbaiki.
Sebab itulah Ramadhan mengajar kita berperang, tetapi bukan perang remeh temeh, malah berperang melawan nafsu, dan hawa nafsu amat lah besar ruang lingkupnya, kerana hawa nafsu itu tidak ada sempadan, malah memilih medan perang itu pun termasuk dalam kebijaksanaan kita membezakan yang mana satukah sebenar-sebenarnya merupakan perang nafsu, atau perang kecil yang seharusnya kita lupakan dan biarkan saja tanpa perlu kita besar-besarkan.
Banyak orang Islam yang suka berperang kerana isu-isu khilafiah dalam berbagai mazhab, atau isu-isu fatwa yang bukan menjadi bidang pengkhususannya, malah berperang kerana persepsinya yang tidak jelas dalam isu politik, ekonomi dan sebagainya, maka orang Islam tidak akan habis berperang, dan akan menghabiskan jangka masa hidupnya dalam peperangan yang sia-sia, malah melupakan medan perang yang sebenarnya dalam menegakkan agamanya sebagi agama sejagat dan global.
Kita melihat tv dan membaca akhbar tentang peperangan di antara sunni dan syiah di Baghdad dan tempat-tempat lain di Iraq, ada yang sampai pergi mengebom masjid syiah atau sunni ketika para jemaah sedang bersembahyang di dalam bulan puasa ini.
Kita melihat tv dan membaca akhbar tentang peperangan di antara sunni dan syiah di Baghdad dan tempat-tempat lain di Iraq, ada yang sampai pergi mengebom masjid syiah atau sunni ketika para jemaah sedang bersembahyang di dalam bulan puasa ini.
Oleh itu, dalam perjuangan menentang orang kafir sekali pun umpamanya, Allah SWT memperingatkan kita dalam firmannya:
"...Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh..." Surah Al-Furqan, ayat 52
Maksudnya dalam perjuangan menentang orang kafir yang hendak merosakkan agama kita itu pun, umpamanya, maka kita seharusnya memberikan keutamaan dalam menyusun strategi kita, iaitu ke arah perjuangan yang besar terhadap gerakan mereka yang bertujuan untuk menghapuskan kepercayaan kepada Allah SWT. Malah perjuangan itu pun haruslah diuruskan dengan bijaksana dan berhikmah menurut seperti yang diperentahkan di dalam al-Quran.
Saya teringat satu peristiwa yang berlaku di dalam sebuah negara Barat di Eropah, iaitu ketika negara itu membenarkan orang Islam mendirikan masjid untuk orang Islam beribadat, tetapi di larang dari membina "kubah" atau menara yang menjadi simbol Islam.
Ramai orang Islam yang hendak berjihad menentang perintah ini, iaitu dengan alasan larangan larangan mendirikan kubbah itu adalah satu penghinaan besar kepada Islam dan umatnya, tetapi pada pandangan peribadi saya, negara tersebut telah pun membenarkan orang Islam mendirikan masjid dan melakukan ibadat di dalamnya. Kebenaran ini sudah pun merupakan satu kelonggaran yang baik dari negara tersebut jika dibandingkan dengan beberapa negara yang tidak pun membenarkan orang Islam mendirikan masjid dan sebagainya untuk beribadat. Oleh itu dirikanlah solat dan ibadat di dalam masjid itu daripada mempertikaikan sama masjid itu mempunyai menara atau tidak.
Manakah yang lebih baik daripada dua keburukan atau dharar, iaitu tindakan negara itu melarang orang Islam berkumpul dan beribadat, malah mungkin juga melarang orang Islam dari membina masjid sama sekali, dengan tindakan mereka membenarnkan orang Islam mendirikan masjid, dan bersembahyang di dalamnya, dengan hanya melarang dari membina menara sahaja di atas masjid itu?
Hidup ini memanglah "complicated" canggih dan banyak yang "menyusahkan" tetapi ingatlah sabda Rasulullah SAW " Permudahkanlah (Sesuatu urusan) itu, dan janganlah menyusahkan..." Malah kita sering berdoa kepada Allah SWT "Tuhan kami, permudahkanlah kami dan janganlah meletakkan kami dalam kesusahan" .....
"Take a look at your own list...you might want to reevaluate your priorities.."
Comments
Post a Comment