PUASA HARI KE-8: KITA SAJA YANG BETUL KETIKA BERKONFLIK?

8 RAMADHAN 1434
Ketika melakukan ibadat puasa, maka salah satu matlamat puasa ialah melatih kita supaya bersabar dan menginsafi perhubungan kita dengan Allah SWT, juga perhubungan kita dengan sesama manusia.

Ketika berselisih pandangan dengan orang lain dalam sebarang isu atau masalah, maka hendaklah kita mencuba bagi meletakkan diri kita di tempat orang itu. Tetapi sudah menjadi tabiat kita bahawa kita selalu berat sebelah, iaitu berpihak kepada diri kita sahaja. Inilah sifat ego kita yang sering tidak mahu belajar sesuatu dari orang lain. Hal inilah yang sering menyebabkan stress dan ketegangan dalam diri kita tanpa sebab yang munasabah.

Lain kali sekiranya kita berselisih pendapat dengan orang lain, cubalah membuat strategi bahawa kita bersetuju dengan pandangan orang itu. Kita berkemungkinan besar pada masa itu akan dapat menemui sesuatu kebenaran, iaitu dalam beberapa hal, mungkin dia benar dan sesetengah pandangan kita adalah juga benar, sebab tidak semua yang kita pertengkarkan itu semuanya kita yang benar keseluruhannya, atau pun dia yang salah keseluruhannya, malah kedua-dua orang mempunyai kebenaran dan sebaliknya. 

Al-Quran menceritakan tentang kisah Nabi Daud A.S. dengan dua orang sahabatnya yang memohon pandangannya mengenai satu perselisihan di antara mereka, seperti yang disebutkan oleh firman Allah SWT di dalam surah Al-Shaad ayat 21 - 26:

"...dan sudahkah sampai kepada mu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan) dua orang yang berselisihan? ketika mereka memanjat  tembok tempat (Nabi Daud beribadat)...)

Ayat-ayat ini seterusnya menceritakan bahawa ketika mereka berhadapan dengan Nabi Daud, mereka berkata : kami berselisihan setelah seorang dari kami berlaku zalim kepada yang lain, oleh itu jatuhlah hukum ke atas kami dengan adil serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Salah seorang dari mereka meneruskan aduan : sebenarnya orang ini adalah saudaraku. dia mempunyai 99 ekor kambing betina, dan aku mempunyai seekor sahaja. dalam pada itu dia mendesak aku supaya menyerahkan kambing aku kepadanya, malah dia telah mengalahkan aku dalam perkara ini.

Nabi Daud berkata: Sesungguhnya ia telah menzalimi kamu dengan meminta kambing kamu, dan sememangnya orang yang bergaul itu sering berlaku zalim kepada orang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sedangkan orang-orang begini adalah sedikit!

Allah berfirman: bahawa pada ketika itu, setelah berfikir sejenak, Nabi Daud segera insaf bahawa peristiwa ini adalah mnerupakan ujian dari pada Allah terhadapnya, dan dia terus memohon ampun kepada Allah, merebahkan dirinya sujud, serta kembali kepada kebenaran, bertaubat. Lalu Allah ampunkan dosanya."

Moral cerita ini ialah bahawa Nabi Daud dengan kedudukannya yang dekat dengan Allah SWT, dan dijadikannya sebagai Khalifah di atas muka bumi ini, telah melakukan kesalahan dengan mengatakan bahawa orang yang dituduh dalam kes ini telah melakukan kezaliman sebelum mendengar keterangannya.

  Nabi Daud sebagai hakim dalam konteks ini, dia tidak sepatutnya terpengaruh atau terburu-buru menjatuhkan hukumannya sebelaum dia memberi peluang orang itu memberikan keterangan untuk membela dirinya. Sebab itulah Nabi Daud sendiri telah tersedar akan kesalahnnya dan memohon ampun dari Allah, lalu Allah menerima taubatnya.

Hal ini membuktikan bahawa dalam perselisihan, sama ada yang melibatkan diri kita, atau pihak lain yang meminta pandangan kita tentang sesuatu konflik, maka kita tidaklah seharusnya terburu-buru mengatakan kita saja yang benar dan lawan kita itu salah, demikian juga menjatuhkan hukum dengan terburu-buru sebelaum mendengar penghujahan pihak-pihak yang berkerisis atau berbalah.

When you understand other positions and point  of view, several wonderful things begin to happen. First you often learn something , you expand your horizons. Second: when the person you are talking to feels listened to, he or she will appreciate and respect you far more than when you habitually jump in with your own position..."  Dr Richard Carlson..

Belajar-belajarlah dari ibadat puasa ini, dan jadikanlah sebagai pelajaran untuk seumur hidup kita...Tidak salah juga belajar dari sesiapa pun, termasuk penulis Inggeris di atas, malah apa yang disebutkannya itu, telah lama tertera di dalam kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan umat semua.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....