HARI KE-14 PUASA: ISLAM IS NOT A RELIGION ABOUT DEATH ONLY, IT IS A RELIGION ABOUT LIFE TOO.....
14 RAMADHAN 1434
Ramadhan memasuki hari ke-14 hari ini. Esok umat Islam memasuki setengah bulan berpuasa, bakinya setengah bulan lagi akan menjelma Syawal. Ketika menjelmanya Syawal, kita akan berbicara tentang kemenangan orang-orang yang berpuasa, dan mungkin juga secara individu atau masyarakat, orang boleh melihat ke belakang tentang dirinya, di manakah kemenangannya dan di manakah kekalahannya ketika berpuasa Ramadhan tahun ini.
Dunia Islam mungkin memasuki rekod yang paling buruk Ramadhan ini, iaitu dengan peristiwa hitam yang berlaku di beberapa buah negara Timur Tengah serta Afrika Utara yang amat mencemarkan kesucian Ramadhan tahun ini.
Kematian dan kecedraan yang menimpa orang ramai di Iraq, Mesir, Syria dan kawasan lain sudah cukup menyebabkan trauma dan stress kepada anggota keluarga, teman rakan dan masyarakat sebangsa serta seagama yang berada di sekeliling. Hal ini merupakan satu penyakit jiwa dan saraf yang mengancam pembangunan bangsa dan negara tersebut dalam jangka pendek dan jangka panjangnya.
Kesan di sekitar pembangunan negara-negara itu telah amat ketara, iaitu kejatuhan ekonomi, kehakisan peluang kerja, inflasi, kekurangan bahan makanan, bahan api dan air, bertambahnya kadar kemiskinan dan kelaparan, penutupan sekolah dan universiti.
Kematian dan kecedraan yang menimpa orang ramai di Iraq, Mesir, Syria dan kawasan lain sudah cukup menyebabkan trauma dan stress kepada anggota keluarga, teman rakan dan masyarakat sebangsa serta seagama yang berada di sekeliling. Hal ini merupakan satu penyakit jiwa dan saraf yang mengancam pembangunan bangsa dan negara tersebut dalam jangka pendek dan jangka panjangnya.
Kesan di sekitar pembangunan negara-negara itu telah amat ketara, iaitu kejatuhan ekonomi, kehakisan peluang kerja, inflasi, kekurangan bahan makanan, bahan api dan air, bertambahnya kadar kemiskinan dan kelaparan, penutupan sekolah dan universiti.
Peristiwa getir yang berlaku di dalam masyarakat Islam di dalam bulan mulia ini mendapat liputan berita yang besar di dalam media, terutamanya media antarabangsa, yang sekali gus menonjolkan kelemahan pengurusan dunia Islam, politik dan sosialnya, dan seolah-olah mencanangkan kepada dunia tentang keburukan dan pencemaran imej Islam seluruhnya: "Lihatlah dunia betapa hinanya agama dan umat Islam abad ini....!"
Pada zaman Sayyidina Uthman ibn Affan, Khalifah yang ke-3, telah berlaku kerisis keyakinan warga negara, iaitu dengan tuduhan atau fitnah yang disebarkan kononnya Sayyidina Uthman bersifat kronisme dan nepotisme. Hal ini mempengaruhi minda orang-orang yang baru memeluk Islam dan masih tipis imannya, maka fitnah itu menjadi satu persepsi yang betul pada pandangan mereka.
Menurut sesetengah sumber sejarah, bahawa terdapat anasir golongan orang munafik, yang diketuai oleh Abdullah ibn Saba', di belakang fitnah itu, yang dipengaruhi oleh kaum Yahudi serta Kristian yang ingin merosakkan perpaduan dan kekuatan agama Islam sendiri, ditambah pula dengan golongan Syi'ah yang mendakwa bahawa kepimpinan negara dan umat pada masa itu seharusnya telah berada di dalam tangan Sayyidina Ali ibn Abu Talib, bukan di tangan para Khalifah sebelumnya.
Pemberontakan berlaku terhadap Sayyidina Uthman ibn Affan akibat dari fitnah terbesar itu, ditambah pula dengan kecelaruan pemikiran yang ditimbulkan oleh para pendewa golongan Syi'ah, dan akhirnya berlakulah peristiwa yang penuh tragis dalam sejarah Islam, iaitu pembunuhan Sayyidina Uthman.
Peristiwa buruk dalam sejarah Islam itu tidak hanya berhenti sekadar itu, malah dalam pemerintahan Sayyidina Ali ibn Abu Talib, timbul pula golongan Khawarij yang berperanan mencetuskan pertentangan dan konfrantasi di antara umat Islam, termasuk menentang golongan Syi'ah, dan akibatnya berlakulah peperangan Jamal dan Siffin, yang menyaksikan pertembungan diantara para sahabat, umat Islam ketika itu.
Kini, di dalam zaman moden, zaman kekuatan ilmu dan minda, rupa-rupanya sejarah itu berulang lagi, dan peristiwa berdarah sesama sendiri juga berlaku lagi, malah dorongan yang membangkitkan kerisis itu mungkin mempunyai persamaan dengan sejarah silam, iaitu di belakang segala-segalanya itu terdapat anasir-anasir yang di mainkan oleh umat Islam sendiri, akibat kebencian sesama sendiri, atau kerana menyahut hasutan luar yang sentiasa ingin merosakkan kekuatan agama Islam dan umatnya.
Amat baik sekali dalam menunaikan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, andainya kita dapat kembali mengkaji sejarah umat Islam dan peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu, supaya kita mendapat bekalan ilmu yang cukup tentang sejarah jatuh bangunnya umat kita, dan yang paling pentingnya mengambil pengajaran dari peristiwa sejarah itu.
Sayangnya ketika kita berbicara tentang Islam, kita terlalu banyak menekankan tentang sudut ibadat khusus dan fardhu 'ain, fadhilat itu dan fadhilat ini, doa itu dan zikir ini, tanpa kita risaukan tentang nasib dan kedudukan umat Islam kini, yang telah dan sedang mengalami kehancuran dari segi tamadun dan akhlaknya.
Ibadat khusus dan fardhu 'ain, zikir dan doa adalah merupakan asas kekuatan orang Islam, tetapi sudut ini sebenarnya dapat diluaskan untuk merangkumi pembicaraan tentang "kehidupan" umat Islam ini seterusnya di dalam dunia baru dan global yang penuh dengan sengketa dan tekanan ini, bukan kita hanya membicarakan tentang "kematian" semata-mata, kerana Islam adalah agama untuk hidup dan mati.
Kalau Islam dan umatnya ini diibaratkan sebagai satu jasad, maka peristiwa hitam yang menimpa umat Islam dalam sejarahnya dari dulu hingga sekarang ini adalah merupakan penyakit kanser, yang sekiranya tidak diubati dengan baik, maka pada bila-bila masa saja penyakit itu boleh merebak ke seluruh jasad umat Islam ini.
Oleh itu jaga-jagalah di dunia kita ini juga, agar penyakit merbahaya yang berlaku di dunia Islam lain itu tidak merebak dan menjangkiti kita di sini.
Kita ignin menghayati makna Ramadhan ini seperti biasa di rumah kita, bukan hanya untuk Ramadhan tahun ini, atau tahun hadapan sahaja, malah bagi Ramadhan yang seterusnya, buat selama-lamanya. Amin, Amin, Ya Rabbal "Alamin.
Comments
Post a Comment