HARI KE-11 PUASA: DIANTARA TAUBAT AGAMA DAN TAUBAT SEKULAR......
11 RAMADHAN 1434
Ramadhan mendidik umat Islam menanamkan sifat taqwa yang tulin dalam hati sanubari setiap individu dalam konteks hubungannya dengan Allah SWT dan hubungannya sesama manusia. Sifat taqwa ertinya menghayati dan melaksanakan ciri-ciri hukum Islam dalam ibadat dan amal baktinya kepada Allah, dan bertindak dengan ikhlas dan jujur dalam segala urusan dan interaksi sesama insan.
Manusia dalam kehidupannya terikat dengan komitment dan kewajipannya terhadap penciptanya, Allah SWT, iaitu mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Oleh itu satu daripada perintah Allah yang sedang kita jalankan sekarang ialah menunaikan ibadat puasa selama sebulan, dengan melengkapkan segala rukun dan syaratnya, dengan sempurna.
Manusia juga terikat dengan segala prinsip syariah dan etika serta nilai moral dalam kehidupan seharian bersama anggota keluarga dan masyarakat serta rakan temannya yang lain. Adab sopan dan tata susila pergaulan yang baik haruslah diamalkan dalam masyarakatnya, dan puasa memberikan latihan dalam aspek ini, supaya tidak berbuat jahat, bercakap bohong, menipu dan mencuri, merompak dan mengumpat, memfitnah, double-cross orang, malah, tidak seharusnya terlintas di dalam hatinya untuk menghina atau mencerca orang lain, semuanya ini merupakan kesalahan sendiri terhadap orang lain.

Namun manusia sebagai makhluk yang dihiasi dengan nafsu dan segala kekurangan serta kelemahannya, akan sentiasa terdedah kepada keterlanjuran dan kesilapan, lupa atau lalai dalam tindakannya dalam mentaati Allah, lalu akan melakukan kesilapan.
Dalam konteks ini Allah SWT berfirman :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan (dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir" Al-Baqarah, ayat 286.
Kesimpulannya, sungguh pun kewajipan yang Allah bebankan untuk manusia untuk melakukannya adalah ringan, iaitu yang dapat dilaksanakan oleh manusia biasa, tetapi manusia masih melakukan kesalahan, oleh itu mereka akan sentiasa menginsafi akan kesalahn itu, lalu mereka akan sentiasa berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan kesilapan mereka. Semoga Allah SWT mengampunkan umat ini, dan mendapat kemenangan ke atas kaum musyrikin dan kafirin.
Di sinilah lahirnya mekanisme untuk mendapatkan keampunan Allah SWT setelah terlanjur melakukan kesilapan kepada-Nya, sama ada kerana terlupa atau tersilap, iaitu bertaubat dan memohon keampunan kepada-Nya, yang seharusnya disertai dengan syarat rukun taubat yang sebenarnya, bukan dengan permohonan maaf yang tidak disertai dengan komitmen yang dituntut oleh Allah swt, seperti menuntut forgiveness, atau pardon yang sering dilakukan oleh orang-orang masa kini setelah melakukan kesalahan, umpamanya oleh Alvin dan Vivian yang sering memohon maaf setelah sekian kali berulang-ulang melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang negara serta tata susila manusia dan agama di sekekelilingnya, atau permohonan maaf Duta Vatican yang amat terlanjur itu.
Duta Vatican setelah melukai hati kaum Muslimin dengan kenyataannya yang dianggap mencampuri urusan di dalam negara kita, dan memihak kepada golongan tertentu, juga akhirnya memohon maaf sama seperti Alvin dan Vivian yang juga, setelah melakukan satu penghinaan yang serius terhadap mejoriti rakyat kita dan agama negara kita, maka barulah nak mohon maaf kononnya.
Orang Melayu secara gurauannya mengatakan bahawa taubat dalam tradisi Melayu ialah taubat sambal belacan, Ketika menikmati kelazatan sambal belacan yang enak, dan apabila merasai pedas cili api yang amat sangat sehingga berair matanya, maka ia pun segera bertaubat tidak akan memakan sambal belacan itu lagi. Namun bolehkan orang Melayu meninggalkan sambal belacan buat selama-lamanya? Maka taubat ini hanya buat sementara waktu, kerana kemudian ia akan memakannya sekali lagi, dan akan bertaubat lagi, kemudian mengulanginya lagi, makan dan taubat, makan lagi dan taubat lagi. Inilah taubat sambal belacan namanya!
Ramai orang yang melakukan taubat sambal belacan ini, dalam doa kepada Allah, melalui media, di mahkamah, di hadapan umum, dan di mana-mana saja. Tetapi taubat sambal belacan tidak diterima oleh agama kita sekiranya kesalahan yang dilakukannya adalah kesalahan kepada perintah agama dan perintah Allah, bukan kepada makanan, sambal belacan, sayur lemak cili api, petai atau jering, dan sebagainya.
Inilah bezanya taubat agama dan taubat "sekular". Taubat agama adalah komitmen kepada Allah, menyedari bahawa apa yang dilakukannya adalah salah pada agama, menyesal yang amat sangat atas kesilapan atau kesalahannya, dan berjanji kepada Allah, tidak akan mengulangi kesalahanya itu lagi. Inilah taubat nasuha, seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai....." Al-Tahrim ayat 8.
Taubat agama terserahlah kepada Allah untuk mengampunkannya, dan janganlah taubat agama hendak di serapkan kedalam taubat sekular, iaitu mengaku silap dan salah, tetapi di dalam hatinya berkata "akan aku ulangi lagi bila terdapat peluangnya" kerana manusia yang menerima taubat dan permohonan ampun itu tidak mengetahui apa yang tersirat di dalam hatinya, namun Allah SWT tetap mengetahuinya.
Satu perkara penting yang seharusnya diingat juga dalam bertaubat ini, iaitu kesalahan sesama manusia hendaklah orang yang melakukan kesalahan itu meminta ampun dari orang yang dia lakukan kesalahan itu. Orang yang menerima permohonan maaf itu juga seharusnya memaafkan kesalahan orang lain.
Hanya latihan rohani dan jiwa, serta komitmen kepada Allah dengan iman dan ihsannya, akan menjadikan mansusia bertaubat dengan ikhlas kepada Allah SWT, iaitu taubat nasuha, bukan taubat Duta Vatican atau Alvin dan Vivian yang amat mencemarkan itu.
Orang beriman dan bertaqwa akan menyedari dan akan bersifat dengan sifat ihsan, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis Jibril "Ihsan ialah anda menyembah Allah seolah-olah anda melihat-Nya, tetapi sekiranya anda tidak dapat melihat-Nya, maka ingatlah: Dia sentiasa melihat anda..."
Selamat menjalani ibadat puasa hari yang ke sebelas, dan manfaatkan segala rahsia dan hikmahnya, agar semuanya ini akan meenjadi panduan yang akan mencorakkan cara hidup dan life style kita semua untuk selama-lamanya. Amin, Amin.

Comments
Post a Comment