PUASA HARI KE-17: PENDEKATAN SAINTIFIK ISLAM
17 RAMADHAN 1434
Hari ini umat Islam menyambut hari turunnya kitab suci al-Quran al-Karim, atau nuzul-Quran. Kita berharap akan mm yang agong itu.endapat malam Al-Qadar yang berkat dan banyak fadhilat itu, Insya'Allah. Peristiwa malam ini amat banyak, dan kita kurang memahaminya, kerana tidak banyak ilmu kita. Harap bacalah dan dengarlah para pemceramah memberikan penjelasan tentang mala
Umat Islam amat kekurangan penyelidikan dalam membentangkan kecemerlangan Islam kepada umum, iaitu yang lebih beresifat saintifik dan ilmiah, supaya Islam itu sentiasa difahami dengan lebih konfrehensif oleh masyarakat moden sekarang ini.
Kita masih mengambil pendekatan tradisional ketika melancarkan penjelasan tentang agama, iaitu pendekatan ritual dan kerohanian per se. Pendekatan ini memanglah amat penting, terutamanya dari segi menerangkan asas Islam itu sendiri kepada masyarakat. Tetapi pendekatan ini, terutamanya berasaskan pengalaman peribadi dan hubungannya dengan Tuhan semata-mata, haruslah dipertingkatkan kepada ruang lingkup yang lebih global dan universal, sebab agama tidaklah hanya merupakan satu sistem hidup dalam hubungan di antara manusia dengan penciptanya sahaja, tetapi mencakupi juga hubungan manusia sesama manusia dan hubungannya dengan alam universe ini juga.
Inilah isunya yang sering diperkatakan di dunia luar Islam tentang ukuran kebahagiaan dan tamadun yang berdasarkan kebendaan dan perkiraan matametik. Kita memanglah mempunyai falsafah yang berdasarkan keimanan dan keohanian dalam mengamalkan ajaran agama kita, tetapi pendekatan ini haruslah juga digabunkan dengan teori dan perspektif fizikal dan maaterial dunia ini.
Oleh itu tentulah dalam membicarakan falsafah amal ibadat kita, termasuk ibadat puasa ini, kita tidaklah seharusnya mengungkapnya dari sudut doa dan zikir, dosa pahala, balasan akhirat sahaja, iaitu seperti yang sering kita saksikan sekarang di dalam sebarang persembahan dan pembentangan tentang Islam ketika pendekatannya hanya berkisar disekitar dosa pahala tanpa melibatkan pespektif agama sebagai satu sistem yang menyeluruh dalam kehidupan ini.
Di kedai buku, pameran buku yang dikategorikan sebagai buku Islam ialah hasil penulisan mengenai ritual, fardhu 'ain, alam kubur, doa dan kepelbagaian zikir, serta tajuk-tajuk lain tentang alam akhirat.
Media letronik juga menghidangkan program dalam bentuk perbincangan, wacana, forum dan sebagainya mengenai isu-isu yang sama, iaitu yang menggambarkan bahawa Islam ini hanyalah untuk akhirat dan mati, bukan untuk dunia dan hidup ini umumnya.
Mungkin seluruh dunia Islam masih berada di dalam pendekatan Islam yang stereo type ini ketika berbicara tetang agama dan ketuhanan, tentang alam dan manusia, malah tentang pemikiran dan tamadun Islam.
Malahan yang dibicarakan tentang politik kepimpinan Islam pun ialah isu negara Islam dengan ciri-ciri syariahnya yang terlalu difokuskan kepada perundangan Islam dari segi hukum hudud. Permasalahan inclusiveness dan exclusivness bagi negara Islam ini sering dieksploitasikan oleh media Barat untuk tujuan politik Barat dalam agenda melemahkan imej dan pemerintahan yang beorientasikan Islam.
Inilah beberapa pekara yang seharusnya didekati oleh para sarjana Islam ketika membicarakan tentang Islam dan ajarannya, terutamanya tentang falsafah ketuhanan dan keperluannya pada masa kini, terutamanya ketika kita memasuki bulan ibadat, Ramadhan al-Mubarak ini.

Comments
Post a Comment