3 SYAWAL 1435 - HARI RAYA KETIGA
MAKNA UJIAN Pesawat MAS KLIA - KB yang gagal mendarat di KB jam 3. 30 ptg Raya Kedua semalam setelah membuat dua kali percubaan, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke KLIA. Di KLIA semua penumpang diminta turun dan berada dalam balai ketibaan sementara menunggu pengumuman seterusnya. Akhirnya diumumkan bahawa pesawat akan kembali ke KB. Pulang ke KB dengan pesawat yang sama dan anak kapal yang sama, kecuali Keptain, berlepas semula ke KB dari KLIA pada jam 7.30 malam. Keptain baru menggantikan Keptain yang terdahulu ialah kerana Keptain pertama telah pun cukup tempoh tugasnya. Ujian yang dihadapi ketika mengalami kegagalan mendarat tadi menjadikan penumpang rata-ratanya, saya rasa, agak gelabah dan resah. Hal ini dapat dilihat kepada sikap penumpang yang kelihatan agak gementar, mulut terkumat kamit membaca apa-apa saja yang teringat, dan susana sepi yang biasanya tidak begitu, malahan ketika akan mendarat inilah biasanya orang menjadi teruja dan mulai berbual den...