PUASA HARI KE LAPAN BELAS 1435
APA MAKNA "SABAR"...?
Kita sering mengingatkan diri kita dan orang lain bahawa puasa adalah satu amalan yang mendidik kita bersifat denagn sifat "sabar".
Tetapi kita sentiasa menyebut sahaja tentang sabar ini tanpa memahami konsepnya, malah tanpa mengetahui bagaimanakah menjadi orang yang sabar atau penyabar.
Seorang bapa yang mempunyai anak-anak yang masil kecil kadang-kadang tidak mengenal erti sabar. Diandaikan bahawa bapa ini adalah seorang penulis, sering menulis di dalam bilik bacaannya, dan selalu juga meletakkan kertas dan buku-buku rujukan bersiepah-sepah di sana sini di atas mejanya, tiba-tiba pada satu hari anaknya yang berumur 3 tahun memasuki bilik itu dan bermain dengan kertas atau bukunya, sehingga bahan-bahan tulisannya itu menjadi berselerak.
Si bapa yang memahami dan menghayati makna "sabar" akan melihat kelakuan anaknya itu dari sudu pandang seorang "penyabar" dengan melihat sifat "innocence" atau kelakuan yang tidak bersalah pada anaknya itu, kerana sebagai anak kecil, maka dia belum memahami kerja bapanya, tidak mengetahui bahawa bahan-bahan ini tidak harus di buat seperti barang mainan, dan tidak pun sedar bahaw apa-apa yang dilakukannya itu adalah salah dari pandangan orang dewasa, terutamanya oleh bapanya sendiri.
Bila menyedari tentang sifat tidak bersalah anak ini, dan menyedari pula bahawa anak itu tidak akan masuk kebiliknya sekiranya bukan bilik bapanya yang sering memanjakannya, malah anaknya ini turut sama melihat dan bermain dengan "permainan" yang setiap hari di mainkan oleh bapanya, maka anak itu tentulah tidak mengetahui bahawa sebenarnya dia adalah "bersalah" ketika berkelakuan demikian, iaitu menyelerakkan buku dan kertas bapanya.
Inilah diantara contoh yang paling mudah dan senang sekali untuk kita memahami apakah makna dan ertinya sabar yang sering kita sebut sebagai satu klebihan atau fadhilat puasa itu.
Tanpa sabar begini kita menjadi pemarah, pemanas, kadang-kadang pengganas, pemukul, pengeluar kata-kata kasar dan maki hamun, sedangkan dalam masa yang sama kita sering memuji dan memuja sifat sabar, penyabar dan sebagainya, malah menasihatkan orang supaya selalu bersabar, terutamanya di dalam bulan puasa ini..
Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang sabar."Allah berserta orang yang sabar" "mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" "berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran" dan lain-lain lagi...
Apabila kita bersifat positif terhadap sesuatu cabaran dan ujian yang menguji kesabaran kita, sebaliknya melihat perspekif sabar itu dari segi yang lain, bukan marah, naik darah, atau sehingga melakukan pergaduhan, maka insya' Allah kita akan menjadi seorang yang lebih aman, tenang, dan selesa dalam hidup kita ini.
Malah dalam kes di atas yang menguji kesabaran bapa terhadap "kenakalan" anaknya itu juga akan mengubah personaliti bapa itu menjadi seorang pendidik dan pengasuh yang mesra dan berkesan, kerana sebagai ganti sifat marah, dia akan menjadi bapa yang akan dengan lemah lembut mendidik anaknya erti kelakuan yang baik dan buruk di dalam bilik itu, dan menunjuk ajar anaknya supaya berdisiplin dan menjaga susunan buku-buku dan sebagainya. Bapa akan menjelaskan kepada anaknya dengan penuh kasih mesra tentang permainan yang boleh di mainkan di dalam bilik tulisnya itu, bagaimana bermain dan melihat buku bapanya dengan teratur dan mengikut peraturan, dan lain-lain nasihat lagi..
Inilah juga makna pendidikan dari ibadat puasa yang mengajar kita besabar...

Comments
Post a Comment