PUASA HARI KE LAPAN 1435
KONSEP JIHAD DAN PERANG...
Saya merasakan bahawa konsep "jihad" dan"peperangan" dalam Islam haruslah di fahami dengan betul oleh setiap orang Islam, malah oleh bukan Islam juga. Hal ini amat perlu kerana dalam beberapa keadaan yang tertentu, segelintir umat Islam sendiri merasakan bahawa mereka boleh berjuang dan bertindak atas nama "jihad" sehingga melibatkan diri di dalam gerakan ekstrem dan radikal, berperang dan mengangkat senjata untuk membunuh orang atas nama "jihad" dan "perang" menegakkan Islam.
Atas dasar inilah, terdapat gerakan kumpulan yang menamakan diri mereka dengan berbagai-bagai nama untuk menghubungkan gerakan ekstrem dan radikal mereka dengan syariah dan ajaran agama.
Gerakan yang disebut sebagai "extremism, secterarianism, terrorism, suicide bombing" dan sebagainya sering dihubungkan dengan syariah dan fatwa agama, iaitu atas nama "jihad" dan "perjuangan suci" seperti "jihad" dalam peperangan pada zaman penyebaran Islam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada zaman baginda.
Secara umum dan ringkasnya, hal ini perlulah di lihat kepada konsep perjuangan ini, termasuk peperangan fi sabilillah yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW ketika menyampaikan ajaran Allah SWT kepada umat manusia dan dalam proses mempertahankan diri dan agama dari serangan musuh, kaum musyrikin..
Satu ayat di dalam surah Al-Baqarah, iaitu ayat 190, telah menjelaskan konsep peperangan dalam Islam ini, iaitu ketika Allah SWT berfirman :
"Perangilah pada jalan Allah mereka yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu menceroboh, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh"
Para pentafsir menjelaskan konsep "perang pada jalan Allah" yang disebutkan di dalam ayat ini, iaitu yang dimaksudkan di sini ialah "kerana menegakkan dan mempertahankan ajaran Allah" dan peperangan yang dilakukan itu ialah terhadap "mereka yang memerangi kamu" dan dalam keadaan ini pun "janganlah kamu menceroboh" yang memberi maksud "jangan lah memulakan peperangan, kerana peperangan dalam hal ini adalah untuk mempertahankan diri dan mempertahankan ajaran Allah" itu sendiri, bukan menceroboh dan "jangan melampaui batas-batas yang ditentukan oleh ajaran Islam sendiri"
Oleh itu gerakan radikal, keganasan, pembunuhan dan pertumpahan darah dalam menegakkan agama Allah ini haruslah di teliti dan di periksa dengan mendalam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW tentang konsepnya, kewajarannya, dan bilakah peperangan ini harus berlaku dan siapakah yang menentukan hukumnya, dan apakah konsep syariahnya.
Dalam keadaan sekarang ini, termasuk pembunuhan dan keganasan yang berlaku sesama umat Islam sendiri, amat sering dikaitkan dengan syariah Islamiah. Apabila hal ini dihubungkan dengan syariah, maka pada anggapan pihak yang terlibat dan merasakan bahawa mereka berjuang adalah atas nama syariah, mereka akan melakukannya, termasuk membunuh orang, mungkin juga membunuh sesama Islam sendiri atas nama kebenaran yang ada pada diri mereka, bahawa mereka "memerangi musuh Allah dan musuh agama, yang darahnya halal ditumpahkan, oleh itu sekiranya mereka mati, maka kematian mereka adalah mati syahid, balasannya adalah syurga"
Saya amatlah berharap bahawa hal ini, sempena dengan penghayatan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan yang berkat ini, perlulah diperdebatkan dengan secara ilmiah dan hikmah, berlandaskan syariah dan hukum Allah yang sebenarnya, supaya hal ini jelas kepada semua orang, termasuk kepada orang-orang yang mungkin menjadi mangsa dan terperangkap kepada pihak-pihak tertentu yang sedang berjuang kes mereka yang dikatakan berkaitan dengan syariah Allah SWT.

Comments
Post a Comment