HARI ISTIMEWA RAYA - KLIA - KB ....BALIK LAGI



LAGI CERITA RAYA KE DUA

Kini balik KLIA lagi sekali. Tadi jam 2 telah menuju Gate 7 dan berlepas ke Kota Bharu jam 2.30. Kini jam 5.30 balik KLIA pula, kerana sesampainya pesawat ke Kota Bharu, cuaca buruk melanda lapangan terbang Kota Bharu, percubaan mendarat dua kali tidak berjaya, angin kencang dan hujan lebat, akhirnya Kaptain membuat keputusan untuk terus patah balik ke KLIA.

Kini pesawat yang sama akan balik lagi ke Kota Bharu jam 7.30 malam ni. 

Kerja Allah akan terjadi seperti yang ditakdirkan, tidak ada satu kuasa lain yang dapat mengubahnya. Saya dan isteri merancang akan singgah di rumah kawan di KB sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Mas. Tetapi nampaknya tidak berlaku seperti yang dirancangkan.

Hal ini mengingatkan saya bahawa apa-apa yang berlaku kepada MH akhir-akhir ini adalah di luar kemampuan manusia untuk menentukannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, beriman kepada perkara yang ghaib, qada' dan qadar, akan menerimanya dengan penuh keinsafan dan kesyahduan, tanpa banyak sungutan, apa lagi menyalahkan manusia lain, kerana kerja itu adalah kerja Allah Yang Maha Berkuasa.

Saya menunggu sajalah masa bertolak jam 7,30 nanti, insya' Allah, dan berdoa agar cuaca buruk yang menjadi ujian tadi, akan kembali cerah, dalam merayakan Hari Raya Ke dua malam ini dengan sanak saudara di Kelantan....dengan izin Allah, insya' Allah...

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....