PUASA HARI KE DUA PULUH LIMA 1435
KAWALAN DIRI
Menyebut tentang ajaran puasa supaya seseorang itu mengawal dirinya, saya amat yakin bahawa kita perlu mengawal diri dalam semua perkara, temasuk satu perkara yang sering terjadi di dalam musim perayaan ini, iaitu kemalangan jalan raya.
Kemalangan jalan raya, termasuk kemalangan maut, sering terjadi di dalam musim perayaan ini adalah disebabkan oleh banyak perkara dari segi kesesakan lalu lintas, kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik, keadaan jalan, kesalahan pemandu lain, dan berbagai-bagai faktor fizikal dan mekanikal yang mungkin tidak kena mengena dengan faktor kemanusiaan pemandu.
Namun begitu, mengikut perangkaan yang sering dikeluarkan oleh pihak berwajib, ternyata bahawa banyak kemalangan yang berlaku adalah akibat dari faktor kemanusiaan.
Maka dari sudut faktor kemanusiaan inilah pemandu kenderaan seharusnya dapat mengawal dirinya ketika memandu dalam sebarang keadaan supaya pemandu ini tidak melakukan kesilapan yang mengakibatkan kemalangan.
Saya amat berharap agar para psikologis dan ilmu jiwa menjelaskan tentang kejiwaan para pemandu dan perubahan yang berlaku ke atas dirinya, terutamanya ke atas emosi, jiwa, minda dan lain-lain lagi, ketika memandu, supaya dengan itu kita akan dapat menganalsis dan memperbaiki kelemahan para pemandu dalam menjaga dirinya ketika memanadu di jalan raya, khususnya ketika menghadapi situasi seperti keadaan hari perayaan ini.
Oleh itu saya rasa puasa yang mengajar kita menerajui diri kita dari dalam diri kita sendiri, akan dapat mendisiplinkan diri manusia ketika memandu di dalam situasi yang mencabar kesabaran, ketabahan, dan dalam situasi keletihan, kepenatan akibat dari kekurangan tidur dan perasaan lesu kerana mata yang mengantuk, dan sebagainya.
Pemandu saja yang hanya mengetahui hal ini ketika memandu kenderaan. Anak pinak, kaum keluarga yang berada bersama di dalam kenderaan mungkin tidak menyedari sangat akan hal ini, oleh itu pemandu sendiri yang tahu bilakah seharusnya dia menerajui dirinya ketika berada di dalam situasi ini.
Satu perkara yang dialami oleh semua manusia ialah rasa teruja, ceria, gembira, seronok dan berbagai-bagai perasaan lain yang dirasai ketika menyambut hari bahagia, hari raya, dan semasa dalam perjalanan untuk balik ke kampung, menemui ibu bapa, kaum keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai.
Rasa excited dan teruja inilah yang ada kalanya menyebabkan pemandu akan memandu dalam keadaan yang laju, memotong tanpa berfikir panjang, melanggar peraturan lalu lintas, dan kegembiraan dalam perjalanan ini, melupakan dia tentang keselamatan dirinya sendiri.
Pemandu negara kita kebanyakannya memang sentiasa memandu laju. Ada orang berkata bahawa pemandu Malaysia bertukar menjadi monster ketika berada di hadapan steering kereta. Orang yang baik, tenang, beeradab pun akan bertukar menjadi makhluk yang bengis dan lupa diri ketika memandu kenderaan.
Dia akan marah kalau orang memotongnya dengan bersopan atau tidak bersopan, lalu dia akan bertindak balas mengejar kenderaan itu, dan dia juga akan mencari jalan melepaskan dirinya dari kenderaan yang bergerak denga agak perlahan di atas jalan raya mengikut lorong biasa, lalu dia akan memasuki lorong kecemasan, dan dia akan memotong di mana-mana saja, tanpa mengikuti peraturan, dengan penuh rasa selfish dan ego, hanya mementingkan diri sendiri, malah ada orang merasa bangga kerana dapat melanggar peraturan lalu lintas.
Sebenarnya inilah erti kesabaran yang diajar oleh ibadat puasa, inilah etinya peraturan, syarat rukun yang seharusnya dipelajari dari ibadat puasa, demikian juga perasaan ikhlas dan kawal diri dari dalam diri sendiri yang seharusnya mengajarnya supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggar rukun dan syarat ibadat puasa ini.
Pendeknya sifat sabar, bersopan, berdisiplin, mematuhi syarat rukun sesuatu, menahan marah, memelihara diri dan mengawalnya adalah merupakan sifat orang Islam, kerana di dalam semua amal ibadat yang dilakukan sharian, terutamanya dalam ibadat puasa, semua sifat ini seharusnya dapat dihayati dengan baik, dan sifat serta sikap itu bukan hanya diamalkan ketika berpuasa, malah seharusnya dihayati dalam kehidupannya sepanjang masa.
Kalau ianya dilaksanakan di atas jalan raya, maka kita akan merasa aman ketika memandu, kerana semua pemandu amat bersopan dan berdisiplin, malah orang lain juga merasa tenteram ketika kita memandu dengan menghormati mereka.

Comments
Post a Comment