1 SYAWAL 1435 SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT BERPISAH RAMADAN 1435
Tiba pagi Isnin 28 Julai 2014 menjelmalah fajar Raya setelah sebulan berpuasa. Sekali lagi Ramadan beredar meninggalkan kita, dan sekali lagi Syawal menjelma membawa kita ke hari perayaan.
Puasa meninggalkan kenangan dan pengajaran, yang mungkin dalam jangka masa yang pendek pemergiaannya, kita masih dapat merasakan kesannya.
Kita boleh menyambung sarapan yang telah ditinggalkan sebulan yang lalu seandainya Ramadan tidak di ikuti dengan 6 hari Syawal. Rutin pekerjaan mulai disambung semula selepas hari perayaan menyambut ketibaan Syawal, iaitu mulailah para pekerja memasuki pejabat dan memulakan rutin kerja dan makan minumnya seperti sebelum Ramadan dulu.
Namun begitu, Raya pada tahun ini jatuh pada hari Isnin yang memberikan peluang untuk kita mengambil cuti yang panjang hingga ke akhir minggu.
Namun begitu, Raya pada tahun ini jatuh pada hari Isnin yang memberikan peluang untuk kita mengambil cuti yang panjang hingga ke akhir minggu.
Bulan Ramadan dihormati dan dihidupkan dengan cara yang sewajarnya di negara kita. Banyak amal ibadat yang dilakukan, tazkirah dan kulliah agama dan kerohanian dianjurkan, maka pengisian Ramadan adalah padat.
Tetapi di Ghazzah pihak Zionis melakukan pencerobohan. Mereka tidak lagi merasa hormat kepada bulan Ramadan. Mereka tidak lagi menaruh timbang rasa terhadap orang Islam dalam bulan mulia, Malah mereka tidak lagi menghormati tempat suci dengan tindakan mereka menghancurkan beberapa buah bangunan Masjid.
Puncanya mungkin kerana umat Islam sendiri tidak menghormati bulan Ramadan. Kumpulan yang bertelagah di kawan Timur Tengah sesama Islam juga tidak memberhentikan "perang" sesama saudara Islam dalam bulan puasa ini.
Tindakan keganasan dan kekerasan tetap berterusan di dalam bulan Ramadan. Membunuh dan menembak kawan-kawan seagama tidak memilih waktu dan ketika, maka dalam bulan Ramadan peperangan saudara terus menerus berlaku di dalam sesetengah negara Islam/Arab.
Dalam keganasan dan konflik sesama sendiri inilah, kita yang masih berada dalam suasana aman damai ini, dapat mencuba menghadapi kerja seharian, dan melelapkan mata dengan nyaman menjelang waktu malam.
Kita berada agak jauh dari Ghazzah, tetapi keperihatinan kita kepada mereka seolah-olah telah mendekatkan distinasi di antara Palestin dan Kuala Lumpur, walau pun jiran tetangga yang dekat dengan mereka sedang menyepi seribu bahasa.
Nampaknya umat Islam dan agama Islam itu sendiri sedang dihimpit dan dicabar sebegitu rupa, tidak kira negara dan kampung orang, tidak kira tempat ibadat dan rumah kediaman orang, bahkan tidak mengira waktu lagi, semuanya di pandang hina tanpa sebarang hormat.
Mereka memerhati bahawa sesetengah negara Islam sendiri mengalami perpecahan dan konflik yang serius, oleh itu apa dipedulikan pada umat Islam dan agama Islam itu juga. Tambahan pula umat Islam tidak mempunyai perpaduan, lemah dalam kuasa politik dunia mundur dalam ekonomi, ketinggalan dalam medan ilmu pengetahuan, dan segala-galanya tidak langsung membuktikan kekuatan umat Islam untuk mempertahankan agamanya.
Mungkin dalam situasi ini, kita menemui Syawal pada tahun ini dalam keadaan yang lebih buruk dari Syawal tahun yang lalu. sedangkan kita sentiasa ingin melihat bahawa menjelmanya Syawal yang baru akan menjelmalah situasi agama dan umat Islam dalam keadaan yang lebih baik lagi.....

Comments
Post a Comment