PUASA HARI KE SEMBILAN 1435
APABILA JIHADIS DIHUBUNGKAN DENGAN AKIDAH DAN SYARIAH..
Apabila Akidah dan Syariah dihubungkan dengan perlakuan ganas, radikal dan ekstrem, maka ada kalanya darah sesama Islam menjadi halal dan orang Islam boleh berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Orang Islam yang membunuh atau mengganas atas dasar ini akan mengangap dirinya sebagai penegak agama dan "jihadis" yang berada dalam kebenaran, maka dia akan sanggup mengorbankan orang lain, malah mengorbankan dirinya sendiri untuk menghapuskan "musuh" agama dan Allah demi menempatkan dirinya di dalam syurga mengikut kefahamannya.
Inilah akibatnya apa bila timbul kekeliruan di antara ajaran agama, atau dengan lebih tepat lagi akidah dan syariah Islamiah yang dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu yang dihubungkan dengan perbuatan yang terang-terang bertentangan dengan ajaran agama Islam, akidah dan syariahnya, seperti membunuh orang tanpa kebenaran agama, dari sudut akidah dan syariahnya.
Dalam hubungan ini, terdapat juga golongan ekstrem dari agama Kristian, Hindu, Yahudi dan lain-lain yang mempunyai agenda perjuangan yang berdiri di atas dasar ganas, radikal dan mengambil jalan singkat untuk menentang golongan lain. Tetapi asas perjuangan mereka ada kalanya berbentuk politik atau bangsa, agama, etnik, budaya, perkauman dan sebagainya, yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan "theology" agama.
Malah terdapat golongan radikal yang mempunyai motif politik, ekonomi dan sebagainya yang bangun dalam perjuangan keganasan ini, umpamanya di Sepanyol, India, Afrika, Ireland, malah di dunia daerah kita sendiri, banyak juga timbul kumpulan radikal yang mengambil jalan kekerasan untuk menentang musuh mereka demi menegakkan dasar golongan mereka di dalam berbagai-bagai agenda perjuangannya. Maka lahirlah kumpulan LTTE, Tamil Tigers, IRA, Abu Sayaf dan lain-lain lagi.
Pada zaman peperangan dunia kedua, askar-askar Jepun telah pun menggunakan teknik "membunuh diri" umtuk menghapuskan musuh peperangan dan politik mereka - kamikaze.
Maka dalam hal ini, tidak ada sebenarnya bentuk keganasan dan pembunuhan yang tidak haq yang boleh dilibatkan dengan agama dari segi akidah dan syariahnya.
Saya merasakan bahawa isu ini tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa di dalam dunia Islam, malah di dalam negara kita sendiri, yang baru-baru ini nampaknya telah mempengaruhi minda dan pemikiran anak-anak muda Islam Malaysia sendiri untuk melibatkan diri di dalam golongan radikal yang menyimpang dari ajaran Islam itu.
Saya tidak menafikan wujudnya justifikasi untuk orang Islam berperang dengan musuh-musuhnya. Tetapi Islam sentiasa mementingkan hikmah dan kebijaksanaan dalam ajarannya kepada manusia dan Islam meletakkan banyak syarat dan sempadannya dalam tindakan berperang.
Oleh itu saya merasakan bahawa isu ini haruslah dibicarakan dengan penuh ilmiah dan kesedaran tentang fatwa dan hukumnya bagi mendidik generasi muda kita tentang istilah "jihad" ini. Hal ini penting, kerana di dalam dunia yang serba mencabar ini, musuh Islam nampaknya amat bijak menyusun strategi mereka dalam mencabar dan menggungat kelangsungan agama Islam kita itu sendiri.

Comments
Post a Comment